Kelas Permainan Pendidikan – Find A Word  Search Online
Tarikh : 13 November 2020 
Masa : 12.00 Tengah hari – 2.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

:20 Orang


TUJUAN:

  • Meningkatkan tahap fokus para peserta semasa menyelesaikan aktiviti mencari perkataan yang tersembunyi
  • Menguji kemahiran berfikir para peserta dan fokus untuk menyelesaikan masalah
  • Dapat merangsang otak para peserta, melatih kesabaran dan ketabahan serta dapat meningkatkan pengetahuan tentang perkataan berkaitan
  • Para peserta dapat menambah pengetahuan kosa kata di dalam Bahasa Inggeris

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas menghantar 2 tugasan di dalam Group Whatsapp Pusat Internet  Ulu Seperi
  • Kemudian, petugas memberi penerangan cara-cara untuk menandakan jawapan dengan menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam telefon para peserta
  • Petugas menghantar contoh-contoh untuk menandakan jawapan dengan cara yang betul
  • Para peserta diberi masa untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh petugas
  • Sesi soal jawab bersama peserta yang terlibat

 

Galeri Gambar