1. Asas Keusahawanan: Strategi Naikkan Engagement & Followers Di Media Sosial @ MDEC

Tarikh

: 02 Ogos 2023

Masa

: 02.30 Petang - 04.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi penjelasan mengenai maksud engagement dari sudut pandangan pengguna di media sosial
  • Memberi peluang usahawan PEDi Ulu Seperi untuk mengikuti kelas-kelas atas talian secara percuma bersama pegawai MDEC untuk menambahkan lagi ilmu keusahawanan mereka
  • Mempromosi kelas yang dijalankan oleh MDEC sekaligus membuka ruang usahawan datang ke PEDi dan menggunakan kemudahan di PEDi

 

AKTIVITI:

  • Peserta telah hadir ke PEDi Ulu Seperi pada jam 2.20 petang dan petugas telah membukakan laman web Facebook dan membuka pautan pendaftaran peserta
  • Seterusnya, petugas memasuki webinar zoom melalui pautan yang disediakan pada iklan MDEC dan meletakkan nama peserta
  • Peserta yang merupakan usahawan PEDi Ulu Seperi bersemangat mendengar seminar tersebut dan sangat teliti dalam mengambil nota berikutan tips-tips yang dikongsikan
  • Kelas dibubarkan pada jam 4.30 petang dan usahawan PEDi berpuas hati dapat menambah ilmu dan tidak membuang masa dalam mengikuti kelas MDEC di PEDi Ulu Seperi

 

Galeri gambar