|
|
Tarikh |
: 14 Ogos 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Berkongsi kemahiran komunikasi bersama komuniti di PEDi Ulu Seperi agar komuniti tidak canggung dalam menyertai aktiviti-aktiviti bersosial
- Menguasai bahasa dan pemilihan perkataan yang tepat, pemikiran logik dan pengumpulan maklumat diperlukan untuk komunikasi dalam kumpulan
- Meningkatkan kesan dalam proses komunikasi yang berlangsung dalam kehidupan seharian
- Mampu menyampaikan idea dan informasi dengan sempurna
AKTIVITI:
- Peserta yang menyertai kelas kemahiran komunikasi diminta untuk membuka lembaran dokumen pdf yang telah disediakan di komputer masing-masing
- Seterusnya, peserta memahami tujuan kelas kemahiran komunikasi diadakan dan petugas mengarahkan peserta untuk membuka pautan yang telah diberikan kepada mereka
- Pautan ini membawa peserta ke laman Youtube yang bertajuk ‘Cara Meningkatkan Kemahiran Komunikasi’
- Peserta menonton dan mendengar video serta animasi yang ditayangkan di layar kaca komputer masing-masing