|
|
Tarikh |
: 21 Oktober 2023 |
Masa |
: 02.00 Petang - 03.00 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Mendedahkan usahawan kepada penerimaan dan keterbukaan yang luas terhadap trend beli-belah dalam talian
- Usahawan mampu membangunkan pelbagai bentuk kandungan yang boleh digunakan secara dalam talian seperti e-buku dan video
- Teknik e-dagang seperti pemasaran affiliate juga dikongsikan agar usahawan dapat mempromosi produk pihak ketiga dan menerima komisen bagi setiap jualan
- Mereka juga belajar untuk menyediakan pelan perniagaan digital demi kelangsungan dan pengembangan perniagaan sesuai dengan permintaan pelanggan
AKTIVITI:
- Petugas memujuk usahawan di Ulu Seperi untuk memanfaatkan ekonomi digital sebagai norma baru dalam perniagaan
- Keusahawanan digital ini merujuk kepada penciptaan sesuatu baharu dan kemudian mentransformasi perniagaan sedia ada menggunakan teknologi digital terkini
- Usahawan menggunakan paltform media sosial sebagai tenaga penggerak untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi tempatan dan nasional
- Para peserta yang telah hadir mempelajari ilmu keusahawanan digital akan menerapkan ilmu tersebut dalam aktiviti perniagaan mereka