1. Asas Keusahawanan: Kelas Pemasaran Atas Talian

Tarikh

: 19 Disember 2023

Masa

: 02.30 Petang - 04.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Mendedahkan usahawan kepada strategi pemasaran dan langkah-langkah pemasaran secara atas talian yang tepat
  • Meningkatkan kehadiran sosial organik para usahawan secara atas talian untuk berhubung bersama pelanggan
  • Mempromosikan OHSEM.Ads dan juga Facebook Ads kepada para usahawan untuk digunakan sebagai agen pemasaran
  • Memanfaatkan penggunaan populariti dan juga jaringan kenalan untuk tujuan pemasaran

 

AKTIVITI:

  • Usahawan belajar mengenai ilmu teori dan praktikal tentang cara penghasilan video pemasaran dan promosi secara atas talian
  • Petugas menjelaskan setiap perincian bermula dari proses merancang penceritaan, merakam, menyunting dan akhirnya perkongsian di media sosial
  • Seterusnya, usahawan berpeluang menggunakan komputer di PEDi untuk cuba menghasilkan video pemasaran mereka dengan tunjuk ajar daripada petugas
  • Di akhir kelas, para usahawan yang telah selesai menyediakan video mereka, berkongsi video tersebut di platform media sosial masing-masing

 

Galeri gambar