1. E-Pembelajaran : Kelas Permainan Interaktif Jigsaw Puzzle Buli Siber

Tarikh

: 04 Februari 2024

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Felda Titi

Peserta

  • : 10 Orang

 

TUJUAN:

  • Mendedahkan laman pembelajaran yang mudah diakses melalui jaringan internet yang sesuai dimainkan untuk mengisi masa lapang
  • Melatih fungsi otak dan membantu perkembangan pemikiran para peserta dari usia muda
  • Mencabar anak-anak mewujudkan skil dan strategi yang baik untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan
  • Meningkatkan tumpuan dan juga memori para peserta dengan permainan susun suai gambar

 

AKTIVITI:

  • Para peserta yang mendaftar kelas permainan interaktif jigsaw puzzle buli siber telah disediakan kemudahan komputer di PEDi Felda Titi
  • Petugas mengajar para peserta menyusun suai gambar dengan demo skala permainan yang mudah dan berskala kecil
  • Peserta seterusnya memulakan permainan susun suai gambar dengan bantuan dan juga tunjuk ajar daripada para petugas
  • Para peserta seronok dapat mempelajari mengenai buli siber melalui permainan berasaskan ilmu ICT

 

Galeri gambar