KELAS DASHBOARD KOMUNITI – MY KOMUNITI

Tarikh : 14 September 2018   (Jumaat)
Masa 4.00 petang – 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Ulu Sepri 
Peserta : 10 Orang

 

TUJUAN  :

  • Untuk mendedahkan lagi My Komuniti kepada para peserta dan memberi tunjuk ajar kepada peserta cara untuk membuat hebahan dan menghantarnya.
  • Dapat menggalakkan lebih ramai komuniti setempat untuk menggunakan Dashboard Komuniti
  • Para peserta dapat membuat ucapan selamat Hari Malaysia mengunakan medium My Komuniti
  • Para peserta juga dapat berkongsi perasaan mereka selepas menyertai kelas yang dianjurkan dengan membuat pengumuman menggunakan saluran My Komuniti

 

AKTIVITI  :

  • Petugas membuka laman sesawang Dashboard Komuniti di Smartboard
  • Para peserta diminta untuk menggunakan enjin carian google dan menaip dashboard.pi1m.my
  • Peserta memasukkan ID dan juga kata laluan sendiri ke dalam laman dashboard
  • Petugas menerangkan apa itu My Komuniti kepada para peserta
  • Peserta diberi tunjuk ajar untuk membuat pengumuman di Dashboard komuniti masing-masing
  • Peserta juga diajar cara-cara untuk memasukkan gambar yang menarik  semasa aktiviti membuat pengumuman

 

Galeri Gambar