PENGENALAN ASAS MICROSOFT OFFICE WORD |
|
Tarikh | : 22 september 2018 (Sabtu) |
Masa | : 10.00 pagi – 12.30 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 1 Orang |
TUJUAN :
- Untuk mempelajari penggunaan Microsoft Office Word dengan betul
- Peserta dapat mempraktikkan penggunaan Microsoft Office Word untuk menyiapkan tugasan sekolah
- Peserta didedahkan dengan fungsi-fungsi asas yang terdapat pada Microsoft Office Word
- Peserta dapat mengisi masa terluang dengan perkara yang berfaedah dan bermanfaat
AKTIVITI :
- Aktiviti dimulakan dengan penerangan ringkas daripada petugas mengenai apa itu Microsoft Office Word
- Petugas meminta peserta untuk membuka layout Microsoft Office Word
- Petugas menerangkan mengenai ikon-ikon yang terdapat pada layout tersebut dan menerangkan fungsi-fungsi setiap ikon tersebut
- Kemudian, kelas diteruskan dengan memberi latihan tutorial kepada peserta iaitu memberi teks ringkas kepada peserta dan meminta peserta untuk menaip semula teks tersebut
- Aktiviti diteruskan dengan petugas mengajar peserta cara-cara untuk memasukan kotak, memasukkan gambar, menukar tulisan dan saiz tulisan dan pelbagai lagi aktiviti untuk meningkatkan kefahaman peserta