ADVOKASI SKMM & E-PEMBELAJARAN : PORTAL SEBENARNYA.MY & QUIZIZZ.COM

Tarikh : 09 Ogos 2019 (Jumaat)
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta : 12 Orang

 

TUJUAN  :

  • Peserta didedahkan mengenai laman web sebenarnya.my
  • Para peserta dapat mencari kesahihan sesuatu berita/maklumat dengan menggunakan laman web sebenarnya.my
  • Melalui aktiviti ini para peserta dapat menguji tahap pengetahuan am mereka mengenai topik yang telah diplih oleh para peserta
  • Aktiviti pembelajaran menjadi lebih menarik dan interaktif yang secara tidak langsung dapat menarik minat peserta
  • Dapat memupuk semangat kerjasama dan berpasukan antara peserta semasa ingin mendapatkan jawapan yang paling tepat
  • Melalui aktiviti ini para peserta dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai pelbagai aspek yang menarik

 

AKTIVITI  :

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta wakil peserta untuk membuka laman sesawang sebenarnya.my https://sebenarnya.my/
  • Petugas memberi penerangan mengenai laman sesawang ini dan seterusnya meminta para peserta mencari berita terkini yang terdapat di laman sesawang berkenaan
  • Petugas meminta para peserta untuk membuka website https://quizizz.com 
  • Para peserta bebas memilih topik yang mereka gemari dengan pemantauan daripada petugas
  • Peserta memulakan aktiviti menjawab soalan yang disediakan di laman web https://quizizz.com

 

Galeri Gambar