ADVOKASI SKMM & MICROSOFT OFFICE – PENGAWASAN KANAK-KANAK DALAM TALIAN & BENGKEL MICROSOFT OFFICE POWERPOINT |
|
Tarikh | : 14 Ogos 2019 (Rabu) |
Masa | : 10.00 Pagi – 1.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 18 Orang |
TUJUAN :
- Dapat mendedahkan kepada para peserta tentang kepentingan berwaspada dan berhati-hati ketika berada di dalam talian
- Mendedahkan kepada para peserta akibat dan kesan negatif sekiranya tidak mengawal kelakukan ketika menggunakan komputer dan internet
- Para peserta juga didedahkan untuk mengunakan Microsoft Office PowerPoint dengan cara yang betul dan tepat
- Dapat menanam semangat kemerdekaan dalam diri para peserta kerana peserta diberi tema kemerdekaan sebagai tajuk pembentangan PowerPoint mereka
AKTIVITI :
- Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai Advokasi Pengawasan Kanak-kanak di dalam talian
- Kemudian, petugas membuka video-video yang berkaitan untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman para peserta
- Aktiviti kedua dimulakan iaitu petugas memberi penerangan dan membahagikan para peserta ke dalam beberapa kumpulan
- Petugas membahagikan tema kemerdekaan kepada setiap kumpulan dan meminta para peserta untuk membuat slide pembentangan menggunakan Microsoft Office PowerPoint
- Setiap kumpulan dikehendaki untuk membuat pembentangan mengenai tema kemerdekaan yang telah diberikan