E-KERAJAAN – PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN ONLINE (SISTEM PENGURUSAN PERKAHWINAN ISLAM MALAYSIA) |
|
Tarikh | : 01 Oktober 2019 (Selasa) |
Masa | : 10.00 Pagi – 1.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 2 Orang |
TUJUAN :
- Membantu pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan mengisi permohonan kebenaran berkahwin secara atas talian di laman sesawang http://www.sppim.gov.my/sppim/online/benarnikahonline
- Memberi penerangan dan pendedahan kepada para peserta mengenai langkah-langkah yang betul semasa mengisi permohonan kebenaran berkahwin
- Membantu mempermudahkan urusan pasangan yang ingin berkahwin
AKTIVITI :
- Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta peserta untuk membuka enjin carian google dan membuka laman sesawang http://www.sppim.gov.my/sppim/online/benarnikahonline
- Kemudian, petugas meminta para peserta untuk membaca dan memahami syarat-syarat permohonan kebenaran nikah online (BNO) iaitu :
- Isi maklumat permohonan
- Hantar permohonan
- Cetak senarai semak
- Pengesahan Penolong Pendaftar NCR ( Nikah, Cerai dan Rujuk )
- Kelulusan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)
- Langkah seterusnya ialah, petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta cara-cara untuk memulakan mengisi borang permohonan baru
- Memberi tunjuk ajar kepada para peserta cara-cara untuk mencetak dokumen yang diperlukan