ADVOKASI SKMM & DASHBOARD KOMUNITI – MOBILE E-WASTE + DOKTOR CILIK (PEMERIKSAAN KESIHATAN) & MY KOMUNITI

Tarikh : 12 Oktober 2019 (Sabtu)
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta : 4 Orang

 

TUJUAN  :

  • Peserta didedahkan dengan manfaat yang akan diperolehi jika melakukan aktiviti yang disarankan dalam Program Mobile E-Waste
  • Memupuk komuniti setempat untuk menguruskan E-Sisa Mudah Alih dengan betul
  • Dapat memupuk dan mendorong komuniti setempat untuk terus melakukan pemeriksaan kesihatan di Pusat Internet
  • Dapat mendorong komuniti setempat untuk membuat pengumuman menggunakan medium My Komuniti di aplikasi Dashboard Komuniti
  • Para peserta juga dapat mengenali peralatan-peralatan yang digunakan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan secara tidak langsung dapat mendidik mereka menjadi doktor cilik

 

AKTIVITI  :

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta para peserta membuka enjin carian google dan mendapatkan maklumat mengenai  Advokasi SMM Mobile E-Waste
  • Kemudian, petugas menerangkan apa itu kempen Mobile E-Waste dan juga cara-cara yang betul bagi melupuskan sisa mudah alih dengan betul
  • Seterusnya, petugas meneruskan aktiviti dengan memperkenalkan peralatan pemeriksaan kesihatan kepada para peserta yang terlibat
  • Aktiviti pemeriksaan kesihatan dimulakan
  • Aktiviti yang seterusnya ialah, petugas membantu para peserta untuk membuat pengumuman menggunakan medium My Komuniti di aplikasi Dashboard Komuniti

 

Galeri Gambar