KLIK DENGAN BIJAK & E-PEMBELAJARAN – KETAGIHAN GAJET & INTERAKTIF KIDS |
|
Tarikh | : 13 November 2019 (Rabu) |
Masa | : 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 7 Orang |
TUJUAN :
- Memberi pendedahan kepada para peserta tentang bahana dan risiko yang akan terjadi sekiranya seseorang itu ketagihan gajet
- Para peserta turut didedahkan dengan tips dan langkah-langkah daripada ketagihan menggunakan gajet
- Melalui aktiviti E-Pembelajaran Interaktif Kids, para peserta dapat bermain permainan pendidikan bersama kawan-kawan yang lain
- Melalui aktiviti ini juga dapat melatih para peserta untuk mahir dalam menggunakan komputer dan tetikus
AKTIVITI :
- Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian google dan mencari informasi mengenai ketagihan gajet
- Kemudian, petugas memberi penerangan mengenai maksud sebanar ketagihan gajet bagi memudahkan pemahaman para peserta
- Seterusnya, petugas memberi penerangan mengenai tips dan langkah-langkah supaya tidak terjebak dengan ketagihan gajet
- Aktiviti diteruskan dengan kelas E-Pembelajaran Interaktif Kids dan petugas meminta para peserta untuk membuka laman sesawang www.abcya.com
- Petugas menerangkan mengenai cara-cara menggunakan permainan pendidikan ini
- Para peserta memulakan aktiviti permainan pendidikan mereka mengikut subjek yang telah mereka pilih