ADVOKASI SKMM & E-PEMBELAJARAN : MOBILE E-WASTE + SEBENARNYA.MY & SUBJEK MATEMATIK

Tarikh : 17 November 2019 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 4 Orang

 

 

TUJUAN  :

    • Peserta didedahkan dengan manfaat yang akan diperolehi jika melakukan aktiviti yang disarankan dalam Program Mobile E-Waste
    • Memupuk komuniti setempat untuk menguruskan E-Sisa Mudah Alih dengan betul
  • Menerapkan amalan “Tidak Pasti, Jangan Kongsi” dalam kehidupan masyarakat kerana masyarakat kini cenderung untuk berkongsi apa sahaja maklumat yang diterima tanpa membuat tapisan terlebih dahulu
  • Seterusnya, para peserta dapat bermain permainan pendidikan secara atas talian bagi subjek Matematik menerusi laman sesawang Arcademics Skills Builder

 

AKTIVITI  :

    • Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta para peserta yang terlibat untuk membuka enjin carian google  dan mencari maklumat yang berkaitan dengan Mobile E-Waste
    • Petugas menerangkan mengenai apa itu Mobile E-Waste dan juga cara-cara yang betul bagi melupuskan e-sisa mudah alih
  • Kemudian, petugas meminta para peserta untuk membuka portal sebenarnya .my dan petugas memberi tunjuk ajar cara-cara untuk menyemak kesasihan sesuatu maklumat sebelum berkongsi mengenai maklumat berkenaan dengan orang lain
  • Aktiviti diteruskan dengan  aktiviti E-Pembelajaran subjek Matematik menerusi laman sesawang https://www.arcademics.com/

 

Galeri Gambar