BENGKEL E-DAGANG + KLIK DENGAN BIJAK – ONLINE GROOMING & BISNES SECARA ATAS TALIAN DENGAN APLIKASI SHOPEE

Tarikh : 01 Disember 2019 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 4 Orang

 

TUJUAN  :

        • Mendedahkan maksud Online Grooming kepada para peserta iaitu Grooming merupakan proses membina hubungan emosional dengan mangsa, untuk mendapatkan kepercayaan mereka untuk eksploitasi dan penderaan masa depan
        • Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai Online Grooming  yang menjadi tular pada masa kini
        • Memperkenalkan pelbagai laman web perniagaan yang boleh diterokai oleh peserta dalam membuat urusan jual beli seperti Shopee
  • Dapat memudahkan urusan para peserta jika ingin membuat pembelian secara atas talian
  • Dapat memudahkan urusan para peserta jika ingin membuat urusan jual beli
      • Para peserta turut didedahkan dengan cara-cara untuk menggunakan ikon-ikon yang terdapat di laman sesawang Shopee bagi memudahkan urusan pembelian mereka

 

AKTIVITI  :

    • Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian google dan mencari informasi dan maklumat mengenai Online grooming dan juga Cyber Grooming
  • Kemudian petugas memberi penerangan mengenai Online grooming dan juga Cyber Grooming
  • Para peserta kemudian menonton video yang berkaitan dengan Online Grooming di saluran Youtube bagi memudahkan lagi tahap kefahaman mereka
  • Aktiviti diteruskan lagi dengan petugas meminta para peserta untuk membuka aplikasi Shopee di enjin carian google
  • Petugas menerangkan mengenai setiap aspek dan kategori yang terdapat pada aplikasi berkenaan
  • Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta cara-cara untuk mendaftar akaun di aplikasi Shopee

 

Galeri Gambar