ADVOKASI SKMM + DASHBOARD KOMUNITI – MAKLUMAT PALSU + MY HEALTH & PENGURUSAN BERAT BADAN

Tarikh : 13 Disember 2019 (Jumaat)
Masa : 3:00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 10 Orang

 

TUJUAN :

  • Penerangan berkaitan kesan berkongsi maklumat palsu di internet dan memperolehi info yang tidak sahih .  
  • Dapat memberi kesedaran kepada para peserta kepentingan melindungi data peribadi masing-masing daripada orang lain.
  • Menerusi aktiviti My Health para peserta didedahkan dengan manfaat yang diperoleh jika membuat saringan kesihatan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
  • Seterusnya, para peserta didedahkan dengan cara-cara pengurusan berat badan dengan betul.

 

AKTIVITI :

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian google dan mencari maklumat mengenai maklumat palsu yang terkandung di dalam elemen Klik Dengan Bijak
  • Kemudian, petugas memberi penerangan mengenai Maklumat Palsu dan bersoal jawab bersama para peserta bagi menguji tahap kefahaman mereka
  • Para peserta meneruskan aktiviti dengan menonton video yang berkaitan dengan maklumat palsu menerusi saluran Youtube
  • Aktiviti yang seterusnya ialah My Health iaitu, pengukuran berat badan, pemeriksaan tekanan darah dan juga pemeriksaan tahap gula dalam darah.
  • Aktiviti diteruskan lagi dengan memberi tips dan cara-cara pengurusan berat badan yang betul kepada para peserta

 

Galeri Gambar


  •