KDB + Permainan Pendidikan – Maklumat Palsu & Chess Training Online |
|
Tarikh | : 05 Januari 2020 (Ahad) |
Masa | : 10:00 Pagi - 1:00 T/hari |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 15 Orang |
TUJUAN:
- Memberi pendedahan kepada para peserta agar jangan mudah untuk kongsi maklumat yang tidak sah sama ada di alam maya, aplikasi Whatsapp mahupun artikel
- Para peserta juga diberi peringatan agar terus berhati-hati dalam mencari dan menyebarkan sesuatu maklumat yang belum pasti kesasihannya
- Melalui permainan pendidikan Chess Training Online pula, dapat melatih para peserta untuk menjadi seseorang yang hebat dalam permainan Chess ini
- Dapat memupuk semangat bersaing dalam diri para peserta untuk memenangi pertandingan chess ini
Para peserta dapat mengisi masa yang terluang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai aspek-aspek yang terkandung di dalam Klik Dengan Bijak – Maklumat Palsu iaitu :
-Maksud sebenar maklumat palsu-Jenis-jenis maklumat palsu-Definisi bagi jenis-jenis maklumat palsu-Apakah kemudaratan yang akan berlaku jika maklumat palsu tersebar?-Bagaimana mahu pastikan sumber maklumat itu sahih?
- Aktiviti diteruskan dengan permainan pendidikan iaitu Chess Online Training
- Petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian google dan mencari Chess Training Online
- Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta sebelum aktiviti permainan ini dimulakan