KDB + Latihan Keusahawanan – Mengurus Jejak Digital Anda & Junior Chef (Corndog) |
|
Tarikh | : 10 Januari 2020 (Jumaat) |
Masa | : 3:00 Petang - 6:00 petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 17 Orang |
TUJUAN:
-
- Pendedahan mengenai Panduan Etika dan Daya Bijak di Internet (mengurus jejak digital anda)
- Pendedahan mengenai Panduan Keselamatan Di Internet (Mengenal pasti penipuan dan muslihat di internet)
- Dapat melahirkan usahawan cilik kelahiran Pusat Internet Ulu Seperi melalui aktiviti keusahawanan Junior Chef Corndog
- Para peserta dapat menghasilkan makanan minum petang yang mudah bersama para peserta yang lain
AKTIVITI:
-
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai panduan dan etika yang betul ketika menggunakan komputer dan internet
-
Kemudian, petugas memberi pendedahan mengenai panduan keselamatan iaitu mengenalpasti aktiviti penipuan dan muslihat yang terdapat di internet
-
Aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti keusahawanan – Junior Chef Corndog
-
Petugas membuka aplikasi Youtube dan mempertontonkan para peserta dengan resepi dan juga cara-cara untuk membuat corndog yang mudah dan ringkas
-
Kemudian, petugas menerangkan satu persatu bahan dan peralatan yang diperlukan bagi menjayakan kelas Chef Junior Corndog ini
-
Aktiviti keusahawanan dimulakan dengan bimbingan dan pemantauan daripada petugas
-
Aktiviti minum petang bersama para peserta yang terlibat