KDB + E-Pembelajaran – Teknologi dan Anda & Paper Folding Art : Youtube Origami |
|
Tarikh | : 12 Januari 2020 (Ahad) |
Masa | : 10:00 Pagi - 12:30 T/hari |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 10 Orang |
TUJUAN:
- Memberi pendedahan dan pendekatan kepada komuniti setempat mengenai teknologi masa kini iaitu komputer dan internet
- Memberi pendedahan mengenai literasi digital dan media iaitu kemampuan seseorang untuk menggunakan pelbagai media untuk mengakses, menganalisis serta menghasilkan maklumat untuk keperluan dalam kehidupan seharian
- Melalui aktiviti E-Pembelajaran, para peserta dapat menonjolkan bakat dan kreativiti mereka dalam menghasilkan origami yang menarik
AKTIVITI:
- Petugas memberi pendedahan kepada para peserta mengenai teknologi masa kini iaitu komputer dan internet
- Kemudian, petugas meminta salah seorang peserta untuk membuka enjin carian Google dan membuka Youtube dan mencari cara-cara untuk menghasilkan origami yang mudah dan ringkas
- Petugas menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan bagi menghasilkan origami mengikut aplikasi di Youtube
- Para peserta memulakan aktiviti mereka dengan bantuan yang minimal daripada petugas