Advokasi SKMM + Kelas Multimedia – Hak Dan Tanggungjawab Warga Digital Masa Hadapan & Editing Video Menggunakan Aplikasi Filmora |
|
Tarikh | : 17 Januari 2020 (Jumaat) |
Masa | : 3:00 Petang - 5:30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 11 Orang |
TUJUAN:
- Memberi pendedahan mengenai Peruntukan undang-undang AKM98
- Para peserta juga diberi penerangan mengenai jenayah siber dan contoh jenayah siber yang sering berlaku kini
- Para peserta didedahkan dengan latar belakang MCMC
Petugas memberi pendedahan mengenai jenayah siber secara menyeleuruh kepada para peserta yang terlibat
- Para peserta juga diberi penerangan mengenai pengawalseliaan alam siber / media baru yang melibatkan pelbagai agensi lain
- Melalui aktiviti yang seterusnya, para peserta dapat mempelajari cara-cara untuk menghasilkan video yang menarik dan kreatif dengan menggunakan aplikasi Filmora
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai Klik Dengan Bijak – Hak & Tanggungjawab Warga Digital
- Kemudian, petugas menerangkan mengenai contoh-contoh jenayah siber yang sering berlaku pada masa kini
- Seterusnya, petugas memberi penerangan mengenai aktiviti mutimedia iaitu menyunting video menggunakan aplikasi Filmora
- Petugas memberi pendedahan mengenai ikon-ikon yang terdapat pada aplikasi tersebut
- Aktiviti menyunting video dimulakan dengan petugas meminta para peserta untuk mencari bahan yang diperlukan menggunakan enjin carian google
- Aktiviti menghasilkan video dimulakan dengan bantuan dan bimbingan daripada petugas