KDB +Kelas Multimedia – Maklumat Palsu & Logo maker

Tarikh : 14 Febuari  2020 (Jumaat)
Masa : 3:00 Petang- 5:00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 9 Orang

 

TUJUAN:

  • Melalui kelas multimedia menghasilkan logo, para peserta dapat menghasilkan logo dengan kreatif.
  • Para peserta juga diberi peringatan agar terus berhati-hati dalam mencari dan menyebarkan sesuatu maklumat yang belum pasti kesasihannya
  • Memberi pendedahan kepada para peserta agar jangan mudah untuk kongsi maklumat yang tidak sah sama ada di alam maya, aplikasi Whatsapp mahupun artikel
  • Dapat memupuk semangat bersaing dalam diri para peserta untuk menghasilkan logo paling cantik.

Para peserta dapat mengisi masa yang terluang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah

 

AKTIVITI:

    • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan  mengenai aspek-aspek yang terkandung di dalam Klik Dengan Bijak – Maklumat Palsu iaitu bagaimana mahu pastikan sumber maklumat itu sahih, apakah kemudaratan yang akan berlaku jika maklumat palsu tersebar, definisi bagi jenis-jenis maklumat palsu, jenis-jenis maklumat palsu, maksud sebenar maklumat palsu.
  • Aktiviti diteruskan dengan kelas multimedia Logo Maker.
  • Petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian google dan mencari Canva.com
  • Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta sebelum para peserta menghasilkan logo sendiri.

 

Galeri Gambar