KDB +Kelas Multimedia – Maklumat Palsu & Logo maker |
|
Tarikh | : 14 Febuari 2020 (Jumaat) |
Masa | : 3:00 Petang- 5:00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 9 Orang |
TUJUAN:
- Melalui kelas multimedia menghasilkan logo, para peserta dapat menghasilkan logo dengan kreatif.
- Para peserta juga diberi peringatan agar terus berhati-hati dalam mencari dan menyebarkan sesuatu maklumat yang belum pasti kesasihannya
- Memberi pendedahan kepada para peserta agar jangan mudah untuk kongsi maklumat yang tidak sah sama ada di alam maya, aplikasi Whatsapp mahupun artikel
- Dapat memupuk semangat bersaing dalam diri para peserta untuk menghasilkan logo paling cantik.
Para peserta dapat mengisi masa yang terluang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah
AKTIVITI:
-
- Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai aspek-aspek yang terkandung di dalam Klik Dengan Bijak – Maklumat Palsu iaitu bagaimana mahu pastikan sumber maklumat itu sahih, apakah kemudaratan yang akan berlaku jika maklumat palsu tersebar, definisi bagi jenis-jenis maklumat palsu, jenis-jenis maklumat palsu, maksud sebenar maklumat palsu.
- Aktiviti diteruskan dengan kelas multimedia Logo Maker.
- Petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian google dan mencari Canva.com
- Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta sebelum para peserta menghasilkan logo sendiri.