Advokasi SKMM + E-Pembelajaran – Berkongsi Secara Berlebihan & Subjek Matematik

Tarikh : 17 Julai 2020
Masa :  3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 12 Orang

 

TUJUAN:

                • Dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru
  • Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
  • Memberi pendidikan kepada pengguna internet mengenai kepentingan kawal selia kendiri
  • Para peserta dapat mengulangkaji pelajaran di dalam subjek  Matematik
  • Para peserta dapat belajar sambil bermain bersama rakan-rakan

 

AKTIVITI:

    • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai advokasi Berkongsi Secara Berlebihan
  • Kemudian, petugas membuka video yang berkaitan bagi menguji kefahaman para peserta
  • Aktiviti diteruskan dengan aktiviti E-Pembelajaran bagi subjek Matematik
  • Petugas meminta peserta untuk membuka enjin carian Google dan menaip Arcademics Skill Builder
  • Aktiviti dimulakan dan peserta bebas memilih permainan pendidikan mengikut peringkat umur yang bersesuaian

 

Galeri Gambar