Advokasi SKMM + Permainan Pendidikan – Check Your Label & Gogy Games

Tarikh : 18 Julai 2020
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 6 Orang

 

TUJUAN:

                  • Para peserta dapat belajar cara-cara untuk mengenalpasti peranti elektronik yang mempunyai label MCMC
  • Melalui penerangan Check Your Label, peserta akan lebih berwaspada dan berhati-hati jika ingin membuat pembelian sesuatu barang telekomunikasi
  • Melalui aktiviti permainan pendidikan para peserta dapat bermain pendidikan mengikut kategori umur mereka
  • Para peserta dapat bermain permainan pendidikan yang lebih interaktif dan secara tidak langsung dapat merangsang pemikiran para peserta bagi menyelesaikan tugasan permainan tersebut

 

AKTIVITI:

      • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai elemen-elemen yang terkandung di dalam modul Check Your Label
  • Kemudian, petugas membuka video Check Your Label bagi menambah tahap kefahaman para peserta
  • Aktiviti diteruskan dengan permainan pendidikan interaktif – Gogy Game
  • Petugas memberi penerangan cara-cara untuk bermain permainan pendidikan tersebut
  • Aktiviti permainan pendidikan dimulakan

 

Galeri Gambar