Advokasi SKMM – Online Grooming & Kahoot IT

Tarikh : 8 Ogos 2020
Masa :10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 13 Orang

 

TUJUAN:

      • Memberi pendedahan terhadap kepentingan penggunaan internet
  • Memberi didikan dan kesedaran tentang penggunaan internet dengan bijak bagi mengelakkan daripada ditipu oleh mereka yang menyalahgunakan internet
  • Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kaedah untuk kanak-kanak menjadi mangsa seks secara atas talian / online
  • Memberi pendedahan bagaimana aplikasi chat dapat memberi kesan negatif terhadap kanak-kanak yang tidak berhati-hati ketika menggunakan kemudahan internet

 

AKTIVITI:

      • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai maksud sebenar Online Grooming
  • Peserta diberi pendedahan mengenai tujuan seseorang itu melakukan aktiviti online grooming
  • Seterusnya, peserta diberi penerangan mengenai aplikasi chat seperti Wechat, Facebook Massenger, Whatsapp, Beetalk dan Line digunakan untuk memperdaya mangsa bagi tujuan seksual, keganasan dan jenayah
  • Petugas juga menunjukkan cara bagaimana mangsa terpedaya dengan orang yang tidak dikenali melalui aplikasi chat
  • Para peserta juga menonton video yang berkaitan Online Grooming bagi meningkatkan tahap kefahaman mereka

 

Galeri Gambar