Kelas Keusahawanan – Donut Maker
Tarikh : 16 Oktober 2020 
Masa : 3.00 Petang – 6.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

:21 Orang

 

TUJUAN:

  • Para peserta dapat mempelajai pelbagai menu ringkas yang lain menggunakan saluran Youtube
  • Dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam penyediaan makanan yang ringkas dan mudah
  • Dapat membantu para peserta menjana idea perniagaan melalui Youtube
  • Menggalakkan para peserta untuk bersifat berdikari dan tidak mengharapkan ibu bapa bagi menyediakan makanan yang ringkas

 

AKTIVITI:

  • Petugas membuka laman Youtube dan membuka contoh-contoh resepi yang berkaitan
  • Setelah menonton video di laman Youtube, petugas memberi penerangan bagaimana untuk menghasilkan menu ringkas juadah minum petang iaitu donut
  • Para peserta diperkenalkan dengan satu persatu bahan-bahan yang diperlukan
  • Petugas mencetak resepi untuk membuat donut bagi memudahkan pemahaman para peserta untuk menghasilkan donut  mengikut citarasa mereka sendiri
  • Petugas membahagikan para peserta kepada dua kumpulan iaitu peserta lelaki dan perempuan
  • Aktiviti membuat donut  dimulakan

 

Galeri Gambar