|
|
Tarikh |
: 20 November 2023 |
Masa |
: 02.30 Petang - 04.30 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Menjadikan proses pembayaran yang lebih cepat dan cekap
- Mempunyai data yang diperlukan tentang produk
- Membantu menjimatkan masa dan mengurangkan kos pengurusan inventori
- Mendapat kawalan yang lebih baik keatas aset perniagaan para usahawan
AKTIVITI:
- Peserta diajar untuk melayari laman web Free Online Barcode Generator iaitu di https://barcode.tec-it.com/en
- Seterusnya, peserta diajar untuk memilih jenis kod bar yang ingin dicetak di bungkusan produk mereka iaitu GS1 DataBar
- Susunan kod bar yang dipilih merupakan Code-128 dan usahawan memasukkan nombor kod pendaftaran produk yang telah didaftarkan
- Usahawan mendapati kod produk mereka telah tersedia setelah mereka menekan ikon ‘Show Barcode’ dan bersedia untuk memuat turun barillo barcode tersebut untuk cetakan
|
|
Tarikh |
: 16 November 2023 |
Masa |
: 02.30 Petang - 04.30 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Mengajar para usahawan di PEDi Ulu Seperi untuk mendaftar kod bar kepada pihak yang betul
- Mengkaji jabatan-jabatan yang perlukan dokumentasi produk untuk didaftarkan tanpa sebarang isu
- Merevolusikan cara perniagaan menjejaki aset mereka melalui kod bar
- Meningkatkan pengurusan inventori dalam perniagaan dan menjadikannya lebih cekap
AKTIVITI:
- Petugas melayari laman Youtube https://www.youtube.com/watch?v=PTX336R_Ycs untuk mendedahkan peserta kepada cara mendaftar barcode produk secara percuma
- Peserta perlu melakukan pendaftaran barcode kepada badan FMM (Federation of Malaysian Manufacturers)
- Peserta perlu melayari laman web https://www.fmm.org.my/ untuk mendaftarkan produk mereka kepada badan FMM
- FMM menyediakan 2 jenis pakej yang berbeza dimana para usahawan boleh memilih pakej pendaftaran 10 jenis produk ataupun pakej pendaftaran 1000 jenis produk
|
|
Tarikh |
: 14 November 2023 |
Masa |
: 02.30 Petang - 03.30 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Memudahkan guru menggunakan platform Wordwall dalam proses mewujudkan pengajaran yang berkesan
- Pelajar dapat berfikir dengan pantas dan juga bertindak pantas bergantung kepada tindak balas mereka menyelesaikan permainan pembelajaran tersebut
- Platform Wordwall mampu mempengaruhi proses kognitif dan juga motivasi diri pelajar
- Pencapaian setiap peserta mewakili representasi maya atau fizikal mereka dapat dilihat secara terbuka bagi menambahkan lagi daya cabaran sesebuah permainan
AKTIVITI:
- Aktiviti kali ini petugas membantu para peserta untuk mengulangkaji pelajaran dengan cara yang berbeza iaitu dengan membuat latihan dengan melayari laman sesawang wordwall.net
- Petugas meminta para peserta untuk mencari latihan sains tahun 4 cara haiwan membiak
- Para peserta memberikan penerangan ringkas mengenai jenis-jenis cara haiwan membiak dan peserta memulakan aktiviti menjawab latihan yang diberikan menerusi laman sesawang wordwall.net
|
|
Tarikh |
: 15 November 2023 |
Masa |
: 02.30 Petang - 04.30 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Memberi manfaat kepada keseluruhan umat manusia secara umumnya dan khusus kepada umat Islam
- Dapat membezakan jenama kita dengan jenama pesaing
- Melindungi pengguna dari segi kesahihan halal dan kebersihan makanan
- Memberi kredibiliti kepada jenama dan meluaskan pasaran produk kerana adanya pensijilan produk halal secara global
AKTIVITI:
- Petugas memohon peserta untuk membuka laman sesawang portal pensijilan myehalal melalui http://apps.halal.gov.my/myehalal/pemohon/index.php
- Seterusnya, peserta perlu klik pada ‘pendaftaran akaun syarikat’ dan memastikan permohonan adalah untuk “Domestik Kilang Dalam Negara.”
- Selepas itu, klik “Setuju” untuk Terma dan Polisi Perkhidmatan dan mulakan mengisi butiran perniagaan peserta
- Peserta perlu menunggu pengesahan pendaftaran akaun pengguna dalam tempoh 24 jam dan menghantar dokumen berkaitan kepada JAKIM dalam tempoh 5 hari bekerja.
|
|
Tarikh |
: 13 November 2023 |
Masa |
: 03.00 Petang - 04.00 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Mencari perkataan tersembunyi dan tertulis dalam arahan yang tertentu
- Menguji kemahiran berfikir dan juga tahap fokus para peserta dalam menyelesaikan sesuatu masalah
- Meransang kecerdasan otak dan juga melatih kesabaran serta mampu meningkatkan pengetahuan tentang dalam matapelajaran Sains
- Membantu guru mencapai tahap pengajaran yang berkesan dalam proses penyampaian ilmu
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian google dan menaip Gases Word Search Game
- Permainan ini memerlukan para peserta untuk mencari perkataan tersembunyi yang berkaitan dengan subjek sains iaitu jenis-jenis gas
- Para peserta memulakan aktiviti mencari perkataan yang tersembunyi dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas