1. Asas ICT: Menaip Jawi

Tarikh

: 06 November 2023

Masa

: 02.30 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Memartabatkan tulisan Jawi dalam diri komuniti di PEDi Ulu Seperi
  • Menguasai masalah penguasaan dalam penulisan Jawi dalam kalangan pelajar sekolah
  • Mempelajari nilai estetika tulisan jawi yang sangat tinggi, klasik dan unik
  • Melengkapkan pelajar dengan kemahiran menaip, menulis dan membaca Jawi serta membolehkan pelajar memahami bidang ilmu yang dipelajari menggunakan tulisan Jawi

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas membuka laman sesawang wordwall latihan jawi 6 t
  • Kemudian, petugas memberikan penerangan ringkas mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu mengenal huruf jawi
  • Aktiviti yang seterusnya ialah peserta memadankan perkataan di dalam jawi dengan gambar yang betul
  • Melalui aktiviti ini peserta dapat melihat jumlah masa dan markah yang diperoleh setelah aktiviti selesai

 

Galeri gambar


 

        1. Soft Skills: Grooming & Etika di Pertemuan Hari Pertama

Tarikh

: 04 November 2023

Masa

: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Mendedahkan peserta kepada teknik pengurusan diri dari aspek penampilan diri dan jugak etika di pertemuan hari pertama
  • Mengajar para peserta untuk sentiasa tampil berkeyakinan dan mempesona dalam setiap urusan rasmi dan profesional
  • Melahirkan impresi pertama yang mengkagumkan pihak-pihak di sekeliling
  • Menunjukkan sikap yang positif dan juga tingkah laku yang menyenangkan

 

AKTIVITI:

  • Peserta didedahkan dengan pengertian perawatan penampilan diri serta protokol di hari pertama pertemuan
  • Petugas menerangkan kepada para peserta bahawa penampilan diri yang tepat dapat mewujudkan impresi pertama yang baik
  • Seterusnya, petugas menunjukkan contoh pemakaian yang baik dan profesional bagi kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita
  • Di akhir kelas, peserta juga dijelaskan dengan etika kerja dan pergaulan yang baik sesama manusia

 

Galeri gambar


 

        1. Asas ICT: Cara mudah set Transparent Color pada gambar Menggunakan Microsoft Word

Tarikh

: 02 November 2023

Masa

: 02.30 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 1 Orang

 

TUJUAN:

  • Membuat latar belakang telus warna atau berlatar putih dengan menggunakan Microsoft Word
  • Pengguna dapat menambahkan keterampilan sesebuah gambar dengan mengubah pelbagai pengaturan dan efek
  • Membantu peserta dalam membuat brosur, pembentangan ataupun material pemasaran
  • Para peserta dapat memanfaatkan fungsi kewujudan Microsoft Word yang tampak mudah dan lebih efisien

 

AKTIVITI:

  • Petugas mengadakan kelas cara menetapkan latar putih pada sesebuah gambar hanya dengan menggunakan Microsoft Word
  • Peserta telah memilih dan memuat turun gambar yang ingin dilatarkan putih melalui laman carian Google Chrome
  • Gambar yang dimuat turun telah dimasukkan ke dalam Microsoft Word dan petugas telah mengajar peserta menyunting gambar tersebut
  • Petugas menunjukkan kepada peserta fungsi pembetulan dan tekstur warna pada format gambar yang boleh diubah untuk mendapatkan latar putih

 

Galeri gambar


 

        1. E-Pembelajaran: Rapid Typing Test

Tarikh

: 03 November 2023

Masa

: 02.30 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan para peserta kepada laman web Rapid Typing Test
  • Bertujuan melatih peserta menaip dan penggunaan papan kekunci melalui kelas ujian menaip di laman web Rapid Typing Test
  • Peserta dapat mengenal dan terbiasa dengan kedudukan alphabet di papan kekunci
  • Peserta juga dapat melatih diri menaip dengan lebih pantas dan memperbaiki diri dengan melakukan perbandingan skor dalam setiap latihan menaip

 

AKTIVITI:

  • Peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah di Kampung Ulu Seperi telah menghadiri latihan menaip menggunakan komputer dengan lebih cekap melalui laman web Rapid Typing Test
  • Seterusnya, pelajar membuka laman web tersebut dan melihat paparan perenggan berbahasa inggeris yang terpapar di layar skrin
  • Mereka mula menaip mengikut setiap bait perkataan yang dipaparkan oleh Rapid Typing Test
  • Rapid Typing Test telah merekodkan jumlah masa yang diambil oleh setiap pelajar yang telah menjalani ujian tersebut

 

Galeri gambar


 

        1. E-Pembelajaran: Bahasa Melayu Sinonim & Antonim (ABC Thesaurus)

Tarikh

: 01 November 2023

Masa

: 02.30 Petang - 03.30 Petang

Lokasi

: PEDi Ulu Seperi

Peserta

  • : 3 Orang

 

TUJUAN:

  • Memperkenalkan para pelajar sekolah rendah kepada laman web ABC Thesaurus
  • Melatih peserta mempelajari subjek Bahasa Melayu bertopik Sinonim dan Antonim dengan lebih mendalam
  • Pelajar dapat menguasai dan menambah kosakata dalam aktivti pembelajaran
  • Peserta juga dapat melatih diri menaip dan menggunakan komputer dengan lebih produktif

 

AKTIVITI:

  • Terdapat tiga orang peserta telah menghadiri kelas Bahasa Melayu Sinonim & Antonim menggunakan ABC Thesaurus
  • Petugas membuka laman web ABC Thesaurus dan mendapati para peserta turut mengikuti langkah yang sama
  • Seterusnya, para peserta mencari makna perkataan seperti ‘cantik’ dan membaca sinonim serta antonim bagi perkataan tersebut
  • Di akhir kelas, para pelajar bersetuju dapat menggunakan platform ABC Thesaurus dengan baik untuk menyelesaikan tugasan sekolah

 

Galeri gambar