|
|
Tarikh |
: 13 Oktober 2023 |
Masa |
: 03.00 Petang - 05.00 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Melatih peserta meningkatkan kemahiran dalam bidang sains serta teknologi
- Melakukan aktiviti pembelajaran yang menghiburkan pelajar sekaligus menarik minat para pelajar dalam bidang sains dan teknologi
- Peserta dapat mencipta kapal terbang yang mempunyai reka bentuk yang kreatif dan mampu menampung muatan yang berat
- Aktiviti ini juga mampu mencipta daya saing yang sihat antara para peserta untuk mencabar diri mencipta kapal terbang yang lebih
AKTIVITI:
- Pelajar dikehendaki untuk membina kapal terbang kertas mengikut kreativiti masing-masing
- Kapal terbang yang dibina mestilah mampu membawa kargo (muatan) dan hendaklah meluncur lebih daripada sepuluh kaki
- Petugas menyediakan kertas warna dan juga duit syiling sebagai salah satu bahan yang mencontohi kargo
- Pemenang merupakan pelajar yang mampu menghasilkan kapal terbang yang mampu meluncur jauh dengan muatan duit syiling yang paling besar
|
|
Tarikh |
: 12 Oktober 2023 |
Masa |
: 02.30 Petang - 04.30 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Dapat mengenalpasti dan mampu merancang sendiri serta memodifikasi sistem operasi komputer yang sesuai mengikut kegunaan tersendiri
- Pengguna dapat memilih alternatif sistem operasi, memaksimumkan penggunaan sistem operasi sehingga konsep dan teknik sistem operasi dapat diterapkan pada aplikasi-aplikasi lain
- Pengguna lebih mengetahui jenis-jenis dan sistem yang bertugas untuk melakukan kawalan dalam pengurusan komputer mereka
- Agar pengguna dapat bertindak mengikut kesesuaian sistem operasi dengan cepat dan dapat memprediksi kemungkinan untuk berbagai kejadian
AKTIVITI:
- Terdahulu peserta didedahkan dengan penyelenggaraan komputer. Seterusnya, peserta diperkenalkan kepada sistem operasi komputer yang terdapat di PEDi Ulu Seperi
- Sistem operasi yang diperkenalkan oleh petugas kepada peserta adalah sistem Windows 11 Pro yang tersedia dalam setiap komputer di PEDi Ulu Seperi
- Petugas juga menjelaskan dengan terperinci maklumat-maklumat yang boleh didapati daripada carian ‘About PC’ di komputer masing-masing
- Dengan ini, pengguna memahami dan mengenali sistem operasi komputer yang dipakai oleh mereka
|
|
Tarikh |
: 10 Oktober 2023 |
Masa |
: 02.30 Petang - 04.30 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Mendedahkan pelajar kepada prinsip bunyi di mana apabila Air Honker ditiup, ia menyebabkan molekul udara bergetar dan getaran tersebut akan menghasilkan bunyi
- Pelajar dapat meneroka elemen-elemen yang menarik selain daripada belajar secara teori di dalam kelas
- Mengaplikasikan teori yang dipelajari semasa pembelajaran dengan melakukan kerja amali agar dapat merangsang pertumbuhan minda pelajar
AKTIVITI:
- Petugas menyediakan peralatan-peralatan untuk menghasilkan air honker iaitu plastisin, botol vitagen, straw, belon, gunting dan pemetik api
- Para peserta diagihkan setiap peralatan untuk menghasilkan air honker
- Sebelum penghasilan air honker dijalankan, petugas berkongsi video pendek kepada peserta mengenai cara-cara membuat air honker dan juga teori getaran udara yang mampu menghasilkan bunyi dalam air honker
- Akhir sekali, setiap peserta berjaya menghasilkan air honker dan membawa pulang objek mereka masing-masing
|
|
Tarikh |
: 11 Oktober 2023 |
Masa |
: 02.30 Petang - 04.30 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Melahirkan golongan pemimpin masyarakat yang berilmu dan berkemahiran di dalam asas kepimpinan
- Peserta mampu mengenalpasti keistimewaan dan bakat kepimpinan masing-masing
- Memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan nilai-nilai kepimpinan dalam diri sendiri, individu, agama, masyarakat dan negara
- Meningkatkan kompetensi diri dan menguji bakat kepimpinan seseorang untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi
AKTIVITI:
- Pengguna di PEDi Ulu Seperi didedahkan dengan video ringkas bertajuk ‘Tips Kepimpinan – Manfaatkan Bakat’ dan juga ‘Perhatikan Hal ini, Agar Program Kerja Berjalan dengan Baik dan Efektif’ melalui laman web YouTube
- Pengguna menulis nota ringkas hasil daripada video yang ditonton di laman YouTube untuk digunakan di masa hadapan
- Pengguna juga mengambil masa untuk memahami inti kandungan video bersama-sama petugas di PEDi Ulu Seperi
- Akhir sekali, pengguna mengucapkan penghargaan kepada petugas di PEDi Ulu Seperi kerana memberikan ilmu dan menanamkan keyakinan dalam diri untuk menjaga sesebuah organisasi
|
|
Tarikh |
: 09 Oktober 2023 |
Masa |
: 02.30 Petang - 04.30 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Dapat melatih para pelajar untuk mempelajari subjek Matematik
- Menjadikan subjek Matematik itu menyeronokkan dan boleh mencetuskan minat terhadap Matematik dalam kalangan pelajar
- Bermain permainan pembelajaran memerlukan daya tumpuan yang tinggi dan dapat meningkatkan keupayaan otak mereka
- Mendatangkan keseronokan dan hiburan disamping merangsang perkembangan otak pelajar agar tidak tertekan semasa aktiviti pembelajaran dijalankan
AKTIVITI:
- Petugas memuat turun aplikasi ‘Math Games’ ke dalam tablet yang terdapat di PEDi Ulu Seperi sebelum peserta hadir ke PEDi sebagai persediaan kelas yang akan dijalankan
- Para peserta yang hadir di PEDi Ulu Seperi merupakan pelajar-pelajar sekolah rendah yang ingin menguji kebolehan Matematik mereka
- Permainan yang dimainkan merupakan permainan Bahagi dan Darab. Peserta juga boleh memilih untuk bermain tahap ‘Easy, Medium dan Hard’ dalam permainan tersebut
- Pelajar juga dapat bertanding secara sihat bersama-sama peserta lain melalui tab ‘Multiplayer’