|
|
Tarikh |
: 06 Oktober 2023 |
Masa |
: 02.30 Petang - 04.30 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Memberi pendedahan asas penyelenggaraan komputer kepada komuniti di PEDi Ulu Seperi
- Komuniti didedahkan kepada komponen-komponen komputer seperti Motherboard, CPU, PSU, RAM, HDD beserta fungsi mereka
- Memberi tunjuk ajar secara amali untuk membantu proses pemahaman terhadap teori-teori yang telah dikongsi
- Ilmu yang diperolehi mampu membantu setiap komuniti untuk lebih memahami serta membantu mengendalikan komputer mereka dengan lebih baik kelak
AKTIVITI:
- Kelas dimulakan dengan pengenalan kepada komponen-komponen komputer
- Kebanyakan komuniti telah mengenali komponen-komponen yang terdapat pada komputer dan bagaimana komponen-komponen tersebut berfung
- Walaubagaimanapun, terdapat beberapa komuniti mengakui bahawa mereka mempelajari benda baharu mengenai fungsi-fungsi sesebuah komponen
- Petugas memaparkan satu video sebagai perkongsian kepada komuniti cara-cara yang betul untuk menyelenggara komponen komputer dan juga kekerapan penyelenggaraan yang perlu dijalankan pada sesebuah komputer
|
|
Tarikh |
: 05 Oktober 2023 |
Masa |
: 02.30 Petang - 04.30 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Mengajar peserta untuk menyediakan pembentangan mengikut kreativiti mereka yang tersendiri
- Peserta belajar membuat pembentangan Powerpoint yang bertajuk ‘Kereta Idaman Saya’ untuk menguji tahap literasi komputer mereka
- Peserta juga dapat belajar memuat turun gambar dan mengaplikasikannya kedalam pembentangan masing-masing agar pembentangan tampak lebih menarik
- Para peserta dapat memahami teknik baharu membuat pembentangan dalam komputer agar tampak lebih profesional
AKTIVITI:
- Petugas ingin menguji tahap kecekapan para pengguna yang hadir menggunakan komputer di PEDi Ulu Seperi
- Oleh itu, pengguna diberikan tugas untuk menghasilkan satu pembentangan Powerpoint yang menarik bertajuk ‘Kereta Idaman Saya’
- Pembentangan yang perlu dihasilkan adalah dalam tempoh masa yang terhad iaitu selama satu jam
- Di akhir kelas, para pengguna terbukti telah sedikit mahir dalam penggunaan komputer dan juga platform Powerpoint tanpa memerlukan pertolongan para petugas
|
|
Tarikh |
: 02 Oktober 2023 |
Masa |
: 02.30 Petang - 04.30 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Pengguna mampu membuat perbezaan antara kebaikan dan keburukan penggunaan emel di laman web
- Mencipta komunikasi yang lebih cepat antara pengguna emel dan urusan kerja akan menjadi lebih cekap serta produktif
- Kebaikannya juga adalah untuk melengkapkan penghantaran maklumat dalam tempoh yang pantas serta kos yang percuma
- Pengguna emel juga perlu mengambil tahu bahawa maklumat yang dihantar atau diterima melalui emel adalah kurang privasi
AKTIVITI:
- Komuniti Ulu Seperi didedahkan dengan kebaikan serta keburukan penggunaan e-mel dalam kehidupan seharian
- Petugas menyediakan pembentangan dokumen yang telah dimuat turun melalui platform SlideShare di internet
- Komuniti yang hadir ke kelas pendedahan kebaikan dan keburukan menggunakan e-mel telah mengambil masa membaca dan memahami intipati dokumen tersebut
- Petugas juga menerangkan kandungan dokumen yang tidak dapat difahami oleh pembaca dengan menjawab setiap soalan yang diajukan oleh komuniti terlibat
|
|
Tarikh |
: 03 Oktober 2023 |
Masa |
: 02.30 Petang - 04.30 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Powerpoint dapat menghasilkan paparan yang menarik dengan kombinasi warna dan muzik yang tepat yang mampu menghasilkan pembelajaran yang berkesan
- Mampu memotivasi murid menjadi aktif dengan melakukan interaksi dua hala dalam aktiviti pembelajaran
- Powerpoint juga membantu murid-murid yang lemah untuk belajar mengikut daya keupayaan mereka yang tersendiri
- Cara ini juga membantu meningkatkan tahap kefahaman murid dengan penggunaan grafik, animasi, warna, muzik, simulasi dan dialog dalam Powerpoint
AKTIVITI:
- Peserta-peserta yang hadir adalah terdiri daripada para pelajar yang terdapat di Ulu Seperi
- Petugas telah berkongsi video pendek kepada para pelajar mengenai cara-cara menyediakan slaid Powerpoint yang menarik hanya dengan menggunakan templat asal daripada Microsoft Powerpoint
- Peserta mencuba mengaplikasikan ilmu melalui video yang telah ditonton sebentar tadi bersama-sama petugas
- Peserta berpuas hati dengan pembentangan yang telah terhasil, berkat daripada video pendek yang dikongsikan oleh petugas kepada para pelajar
|
|
Tarikh |
: 01 Oktober 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Memperkenalkan para pelajar sekolah rendah kepada asas komputer
- Melatih peserta menaip dan penggunaan papan kekunci melalui kelas ujian menaip di laman web 10 fast fingers
- Peserta dapat mengenal dan terbiasa dengan kedudukan alphabet di papan kekunci
- Peserta juga dapat melatih diri menaip dengan lebih pantas mengikut masa yang telah ditetapkan oleh laman web 10 fast fingers
AKTIVITI:
- Peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah di Kampung Ulu Seperi telah menghadiri latihan menaip menggunakan komputer dengan lebih cekap melalui laman web 10 fast fingers
- Seterusnya, pelajar membuka laman web tersebut dan membuat pilihan bahasa yang ingin ditaip
- Mereka memulakan kelas dengan menaip perkataan berbahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu yang terpapar di skrin komputer
- Tahap kecekapan pelajar yang menghadiri kelas ini telah bertambah pada setiap ujian menaip yang diselesaikan mengikut had masa laman web 10 fast fingers