|
|
Tarikh |
: 06 September 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Mengajar peserta untuk membalas emel sebagai tanda emel tersebut telah selamat diterima kepada pihak peghantar
- Peserta juga digalakkan menggunakan emel kerana emel boleh melakukan perkongsian dokumen yang bersaiz besar
- Petugas juga berkogsi 3 teknik membalas emel dengan betul agar fungsi-fungsi di laman balas emel tidak disalahmengertikan
AKTIVITI:
- Petugas mengadakan sesi kedua kelas berkaitan cara membalas emel yang diterima
- Petugas menerangkan kepada peserta fungsi ikon ‘Reply’ dan ‘Reply to all’
- Seterunya, petugas meminta komuniti cakna kepada siapa mereka membalas emel dan formaliti yang harus didahulukan
- Komuniti memahami setiap fungsi dan ikon yang terdapat di laman balas emel dan berpuas hati dengan kelas yang diadakan
|
|
Tarikh |
: 05 September 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Memberi galakan kepada komuniti untuk membiasakan penggunaan aplikasi Gmail ataupun emel bagi memohon sumbangan serta memohon kekosongan jawatan agar tampak lebih professional
- Berkongsi 6 teknik mengarang emel dengan kemas, ringkas dan padat kepada pihak penerima
- Mengajar kepada peserta penulisan emel yang bagus yang terdiri daripada subjek, kata aluan, isi kandungan dan juga penutup emel
AKTIVITI:
- Petugas mengadakan kelas berkaitan emel bagi menggalakkan komuniti menggunakan emel untuk tampak lebih professional
- Pada awalnya, petugas mengajar komuniti cara mendaftar masuk kedalam akaun emel masing-masing
- Seterusnya, petugas memberi satu tugasan kepada peserta untuk menghantar emel permohonan bekerja di PEDi Ulu Seperi sebagai contoh
- Peserta, menghantar emel yang kemas mengikut format dan ajaran yang ditunjukkan oleh petugas kepada mereka sebentar tadi
- Peserta berjaya memahami penggunaan emel di akhir kelas
|
|
Tarikh |
: 03 September 2023 |
Masa |
: 02.30 Petang - 04.30 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Memberi galakan kepada bakal usahawan, suri rumah, peniaga kecil serta para usahawan yang terdiri daripada komuniti Ulu Seperi
- Menyedarkan para peserta kepentingan mengumpul wang simpanan (aset) serta melangsaikan hutang (liabiliti)
- Menerangkan kunci penentu sama ada sesuatu pelaburan tersebut adalah suatu tindakan yang berbaloi ataupun sebaliknya
- Memahami konsep pengurusan kewangan yang mengikut tatacara pengurusan kewangan islam
AKTIVITI:
- Terdapat beberapa usahawan di Ulu Seperi telah menyertai kelas urusan aliran tunai bersama petugas
- Beberapa usahawan menyatakan bahawa mereka mempunyai pengurusan kewangan yang tidak teratur dan tidak pasti mengenai untung rugi yang mereka hasilkan
- Manakala, terdapat usahawan yang hanya mengambil kira untung rugi mereka menggunakan catatan nota bertulis
- Petugas berkongsi kepada usahawan cara mudah untuk mengenalpasti aliran tunai menggunakan formula untung/rugi di Microsoft Excel
|
|
Tarikh |
: 04 September 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Menunjukkan cara membuat carian lirik lagu di laman Google dan memilih satu laman yang mempunyai perisian lirik lagu yang betul
- Mengajar peserta teknik copy/paste lagu-lagu yang ingin dicetak
- Mendedahkan peserta kepada Microsoft Word untuk paste (tampal) lirik lagu yang telah disalin (copy) melalui carian di Google
- Membuat kemasan pada dokumen Microsoft Word sebelum melakukan cetakan
AKTIVITI:
- Para pengguna telah hadir ke PEDi dan meminta bantuan petugas untuk mengajar beliau melakukan cetakan lirik-lirik lagu sebagai rujukan kugiran mereka
- Petugas seterusnya menerangkan kepada pengguna bahawa Microsoft Word perlu digunakan agar cetakan mudah dilakukan
- Petugas menunjukkan cara melakukan carian lirik lagu yang mereka kehendaki di laman Google sebagai contoh, dan membuat teknik copy/paste kedalam Microsoft Word
- Para pengguna memahami ajaran yang disampaikan dan melaksanakan carian lirik yang seterusnya mengikut langkah-langkah yang diajar oleh petugas
|
|
Tarikh |
: 02 September 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Berhubung bersama pelajar-pelajar di PEDi Ulu Seperi dan membantu memberi idea kepada mereka dalam menjayakan kerja-kerja kursus mereka
- Memudahkan pelajar menggunakan laman Youtube dan Google untuk membuat carian yang kreatif
- Para pelajar dapat melakukan aktiviti perbincangan bersama rakan sekelas dan berkongsi pendapat serta idea masing-masing
AKTIVITI:
- Para pelajar yang hadir ke PEDi Ulu Seperi telah menggunakan PC untuk menyiapkan tugasan kursus sekolah mereka
- Petugas serba sedikit telah memberi tunjuk ajar dan idea kepada para pelajar yang meminta pendapat dan pertolongan dalam melaksanakan kerja mereka
- Petugas mencadangkan kepada para pelajar untuk membuat rujukan melalui video-video di Youtube dan juga laman Google untuk mendapatkan idea yang lebih menarik
- Di akhir kelas, para pelajar berpuas hati dapat menyelesaikan tugasan mereka dan membuat cetakan kerja kursus masing-masing untuk dihantar kepada guru mereka