|
|
Tarikh |
: 07 Ogos 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Memperkenalkan inisiatif penambahan caruman ke dalam Akaun 1 KWSP melalui Belanjawan 2023
- Menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri usia persaraan untuk menyimpan secara berterusan
- Membantu mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan ahli KWSP
- Memberi manfaat kepada ahli di bawah i-Saraan seperti suri rumah
AKTIVITI:
- Petugas meminta peserta mendaftar masuk i-akaun KWSP melalui aplikasi i-akaun yang dimuat turun di dalam telefon pintar
- Di aplikasi i-akaun, terdapat paparan untuk membuat tambahan simpanan KWSP iaitu ‘Tambah Caruman’ / ‘Add Contribution’.
- Peserta diminta untuk klik pada butang ‘‘Tambah Caruman’ / ‘Add Contribution’
- Peserta seterusnya menetapkan amaun pilihan, dan meneruskan transaksi seperti biasa
- Petugas mengingatkan peserta supaya sentiasa memuat turun resit bayaran setelah transaksi berjaya dilakukan
|
|
Tarikh |
: 04 Ogos 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Mengajar pelajar-pelajar di Kampung Ulu Seperi untuk menghantar tugasan secara atas talian dalam satu folder
- Memudahkan kerja dan urusan pelajar-pelajar dengan menambah ilmu ICT dalam kehidupan semasa mereka
- Bergaul bersama pelajar-pelajar Ulu Seperi agar dapat memahami kelemahan mereka dalam menguasai ilmu ICT
AKTIVITI:
- Kelas dimulakan bersama-sama pelajar yang berkumpul di PEDi Ulu Seperi untuk menimba ilmu dalam kelas yang diadakan
- Pelajar diajar cara-cara untuk membuat fail zip dan juga membuka (unzip) melalui PC yang tersedia di PEDi Ulu Seperi
- Pelajar pada awalnya diminta untuk membuat carian gambar-gambar bunga di laman web dan memuat turun seberapa banyak gambar-gambar bunga yang mereka minati
- Seterusnya, pelajar diajar untuk membuat fail mampatan dengan menekan pada Compressed (zipped) folder
|
|
Tarikh |
: 02 Ogos 2023 |
Masa |
: 02.30 Petang - 04.30 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Memberi penjelasan mengenai maksud engagement dari sudut pandangan pengguna di media sosial
- Memberi peluang usahawan PEDi Ulu Seperi untuk mengikuti kelas-kelas atas talian secara percuma bersama pegawai MDEC untuk menambahkan lagi ilmu keusahawanan mereka
- Mempromosi kelas yang dijalankan oleh MDEC sekaligus membuka ruang usahawan datang ke PEDi dan menggunakan kemudahan di PEDi
AKTIVITI:
- Peserta telah hadir ke PEDi Ulu Seperi pada jam 2.20 petang dan petugas telah membukakan laman web Facebook dan membuka pautan pendaftaran peserta
- Seterusnya, petugas memasuki webinar zoom melalui pautan yang disediakan pada iklan MDEC dan meletakkan nama peserta
- Peserta yang merupakan usahawan PEDi Ulu Seperi bersemangat mendengar seminar tersebut dan sangat teliti dalam mengambil nota berikutan tips-tips yang dikongsikan
- Kelas dibubarkan pada jam 4.30 petang dan usahawan PEDi berpuas hati dapat menambah ilmu dan tidak membuang masa dalam mengikuti kelas MDEC di PEDi Ulu Seperi
|
|
Tarikh |
: 03 Ogos 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Memberi penerangan kepada peserta aplikasi baru Maybank iaitu MAE, MAE adalah sebuah aplikasi yang boleh dimuat turun pada peranti Android dan iOS bagi memudahkan urusan perbankan anda
- Memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai keseluruhan paparan baru yang terdapat di aplikasi MAE
- Memberi penerangan bahawa MAE menggunakan kaedah pembayaran ‘cashless’ yang bersesuaian dengan teknologi masa kini
- Maybank MAE dpat memudahkan pelbagai urusan dan ia juga dapat memudahkan pengurusan di era moden ini
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan mengenai aplikasi MAE secara keseluruhannya
- Peserta diberikan pendedahan mengenai cara-cara menggunakan e-wallet Maybank MAE iaitu pembayaran menggunakan MAE
- Di samping itu, peserta diberi tunjuk ajar cara-cara untuk memindahkan wang ke akaun lain dengan menggunakan aplikasi MAE Maybank
- Petugas juga memberi pendedahan mengenai cara menyemak perbelanjaan dengan MAE
- Selain itu, petugas juga memberikan tunjuk ajar cara menyimpan wang melalui Tabung MAE dan anda boleh menyimpan wang melalui tabung MAE bagi segala tujuan yang diingini
|
|
Tarikh |
: 01 Ogos 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Dengan adanya kelas-kelas ICT , secara tidak langsung dapat membantu komuniti serta para pelajar di sekitar PEDi mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer serta kemudahan internet untuk menyelesaikan tugasan harian
- Dapat melahirkan lebih ramai masyarakat setempat yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini
- Peserta dapat mempelajari mengenai asas-asas menaip dan seterusnya dapat menghasilkan surat kiriman rasmi
AKTIVITI:
- Sebelum kelas menaip dimulakan, petugas PEDi memberi penerangan mengenai format surat rasmi yang bertajuk tidak dapat hadir ke sekolah dan secara tidak langsung dapat membantu pelajar menggunakan ilmu tersebut di masa hadapan
- Petugas PEDi turut menekankan tentang penggunaan huruf besar bagi kata nama khas di dalam surat tersebut
- Selain itu, petugas juga turut memberi tunjuk ajar tentang penggunaan ayat yang sesuai supaya tujuan surat tersebut jelas dan mudah untuk difahami
- Peserta juga diberikan pendedahan mengenai cara untuk menyimpan surat terseut dalam bentuk PDF dan peserta turut diberi penerangan tentang kebaikan menyimpan sebarang jenis dokumen dalam bentuk PDF