Asas ICT: Virus Perisian Komputer |
|
Tarikh |
: 06 Julai 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Memperkenalkan virus sebagai ancaman keselamatan komputer kepada peserta PEDi Ulu Seperi
- Menjelaskan ancaman virus mampu memusnahkan sesebuah program atau keseluruhan sistem komputer yang dipakai
- Mendedahkan kepada peserta cara-cara untuk sentiasa menyemak dan mengemaskini antivirus komputer agar dapat mengelakkan daripada ancaman virus
AKTIVITI:
- Pertama sekali, kelas dimulakan dengan memperkenalkan asal usul virus serta sejarah kedatangan virus yang pertama yang muncul dihasilkan oleh seorang penggodam
- Seterusnya, peserta mempelajari jenis-jenis virus yang boleh didapati dalam rangkaian komputer beserta tanda-tanda yang ditunjukkan oleh komputer yang dijangkiti virus
- Setelah memahami jenis-jenis dan tanda-tanda virus menjangkiti komputer, peserta seterusnya diajar cara-cara untuk mencegah ancaman-ancaman virus daripada membelenggu sistem komputer
- Peserta juga diingatkan untuk sentiasa mengemaskini komputer menggunakan Windows Defender dan juga memasang perisian-perisian antivirus seperti McAfee, Kaspersky, Avira, Trend Micro, Avast, ESET, BitDefender dan Noron
Asas Keusahawanan: Strategi Pemasaran Online |
|
Tarikh |
: 05 Julai 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Mengetahui strategi pemasaran dan cara memasarkan produk secara atas talian
- Menerapkan strategi pemasaran digital dengan mudah dan efisien dalam diri setiap usahawan di PEDi Ulu Seperi
- Meningkatkan dan juga mencapai target kewangan usahawan dengan melakukan pemasaran digital yang efektif
AKTIVITI:
- Peserta dinasihatkan untuk mencipta satu tagline yang kreatif dan penjenamaan produk (branding) seperti membuat desain logo yang menarik dan mudah diingat bagi meningkatkan brand awareness
- Seterusnya, petugas mengajar usahawan untuk mendirikan satu laman web bagi menjalankan bisnes dan mempromosikan bisnes dengan mudah
- Usahawan juga telah didedahkan untuk menggunakan platform Google Business bagi mendirikan alamat perniagaan ke dalam Google Maps agar perniagaan muncul di mesin pencarian Google
Asas ICT: Mikropemprosesan Komputer |
|
Tarikh |
: 04 Julai 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Memperkenalkan otak komputer yang terdiri daripada Central Processing Unit (CPU), storan sementara, RAM dan juga cakera keras (hardisk)
- Menjelaskan beberapa fungsi penting CPU antaranya adalah bertindak sebagai pemanggil data (data fetching), penterjemah (decoding), eksekusi (executing), dan juga menyimpan data (data storing)
AKTIVITI:
- Peserta telah hadir ke kelas di PEDi Ulu Seperi
- Seterusnya, petugas berkongsi laman web yang menerangkan mengenai Mikropemprosesan komputer iaitu di laman blog Nota Teknologi Maklumat oleh Open University Malaysia (OUM)
- Petugas juga telah menerangkan setiap fungsi penting CPU kepada peserta berpandukan nota yang telah disediakan
Asas ICT: Storan Primer dan Sekunder |
|
Tarikh |
: 04 Julai 2023 |
Masa |
: 12.00 Tengahari - 01.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Mengenali jenis-jenis storan yang terdiri dalam komponen komputer
- Menjelaskan fungsi storan primer dan sekunder kepada peserta PEDi Ulu Seperi
- Membezakan komponen storan primer iaitu Random Access Memory (RAM) dan Read Only Memory (ROM)
- Menerangkan komponen storan sekunder yang terdiri daripada medium magnet dan juga storan optikal
AKTIVITI:
- Kelas dimulakan dengan penyerahan nota-nota mengenai peranti storan komputer yang terdiri daripada storan primer dan sekunder bertajuk ‘Storan’ kepada para pelajar
- Seterusnya, petugas memberi contoh bergambar fizikal RAM dan ROM serta perbezaan fungsi kedua-dua RAM dan ROM dalam komputer
- Selain itu, petugas menjelaskan tiga jenis storan medium magnet yang biasa digunakan didalam komputer iaitu Pita Magnetik, Cakera Liut atau Disket, dan juga Cakera Keras
- Akhir sekali, petugas juga telah menerangkan tiga jenis storan optikal yang terdiri daripada Compact Disk (CD), Digital Versatile/Video Disk (DVD) dan Blue-ray Disk (BD)
Asas ICT: Asas Sistem Komputer |
|
Tarikh |
: 02 Julai 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas komputer serta komponen utamanya
- Menerangkan kepada pelajar mengenai jenis-jenis komputer yang digunakan pada masa kini
- Menjelaskan tentang bahagian-bahagian penting sistem komputer serta fungsinya iaitu bahagian sistem unit, monitor, papan kekunci dan tetikus
AKTIVITI:
- Kelas dimulakan dengan sesi taklimat pengenalan komputer yang tersedia di PEDi Ulu Seperi
- Setelah pelajar mengenalpasti jenis komputer tersebut, pelajar telah dikongsikan bahan bacaan untuk menambah informasi dan pengetahuan mereka mengenai sistem komputer
- Akhir sekali, pelajar diberi amali mengenalpasti sistem-sistem komputer dan juga menerangkan fungsinya kepada petugas untuk menguji kefahaman pelajar