Kelas Keusahawanan: Asas pengetahuan Microsoft Excel 2: Formula Asas |
|
Tarikh |
: 21 Mei 2023 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Berkongsi ilmu bersama usahawan Ulu Seperi mengenai Formula Asas Microsoft Excel daripada kesinambungan kelas pada bulan April yang lalu
- Usahawan dapat mencipta satu dokumen yang tersusun contohnya pengiraan modal, untung dan rugi perniagaan menggunakan formula asas yang diajar
- Usahawan juga dapat menambah ilmu dan menggunakan ilmu tersebut dalam urusan perniagaan mereka bagi memudahkan kerja mereka
AKTIVITI:
- Mengadakan kelas bersama para usahawan untuk berkongsi ilmu mengenai formula asas yang boleh didapati dan diwujudkan dalam Microsoft Excel
- Para usahawan juga dapat menggunakan ilmu ini ketika mendokumentasi hal-hal kewangan perniagaan
- Akhir sekali, petugas memberi nota-nota kelas kepada para usahawan yang hadir sebagai rujukan mereka
E-Pembelajaran: Semakan Harga Ubat-ubatan di Fasiliti Sebagai Panduan Pengguna |
|
Tarikh |
: 19 Mei 2023 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
|
TUJUAN:
- Memperkenalkan Harga Panduan Pengguna oleh Program Perkhidmatan Farmasi kepada komuniti Ulu Seperi
- Komuniti dapat melihat harga ubat-ubatan yang digunakan sebagai rujukan mereka sebelum hadir ke farmasi
- Menggalakkan keperolehan ubat-ubatan yang sama rata dan penggunaan rasional ubat-ubatan penting yang berkualiti, selamat, berkesan dan mampu milik oleh komuniti setempat
AKTIVITI:
- Menjelaskan mengenai ketelusan harga ubat di fasiliti-fasiliti perubatan
- Petugas berkongsi laman web https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/drug-price
- Pengguna laman web ini mampu membuat timbang tara dan dapat pilihan bermaklumat untuk membeli ubat mengikut kemampuan dengan harga yang berpatutan
- Pengguna juga dapat memilih fasiliti kesihatan berdasarkan harga ubat yang ditawarkan
Kelas Keusahawanan: Kaedah Semakan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) |
|
Tarikh |
: 10 Mei 2023 |
Masa |
: 02.00 Petang - 04.00 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 4 Orang |
TUJUAN:
- Mempromosi penggunaan Nombor Pengenalan Cukai kepada individu yang sudah perlu membayar cukai
- Memperkenalkan kepada usahawan yang layak mendapat Nombor Pengenalan Cukai atau Tax Identification Number (TIN)
- Mengisytiharkan pendapatan usahawan secara rasmi dengan kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
AKTIVITI:
- Petugas berkongsi tutorial kaedah semakan nombor pengenalan cukai
- Semakan Nombor Pengenalan Cukai boleh dilakukan melalui MyTax di pautan https://mytax.hasil.gov.my
- Selain itu, mereka juga boleh melakukan semakan melalui Hasil Live Chat, Hasil Care Line, Borang Maklum Balas di Portal Rasmi Hasil dan juga cawangan Hasil berhampiran
- Melalui MyTax, komuniti hanya perlu memasukkan nombor pengenalan dan menhantar untuk semakan
E-Pembelajaran: Tutorial Pembayaran Pinjaman Tekun Melalui Aplikasi TEKUNPayment |
|
Tarikh |
: 16 Mei 2023 |
Masa |
: 02.00 Petang - 04.00 Petang |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 2 Orang |
TUJUAN:
- Memperkenalkan aplikasi terbaru bagi memudahkan bayaran balik pembiayaan TEKUN Nasional iaitu TEKUNPayment
- Aplikasi ini boleh didapatkan di Google Playstore bagi pengguna Android dan App Store bagi pengguna Apple ios
- Kaedah bayaran balik menggunakan TEKUNPayment lebih mudah digunakan kerana ia mampu menjana terus ke FPX Internet Banking
- Seterusnya, e-resit boleh terus didapatkan setelah pembayaran berjaya dilakukan
AKTIVITI:
- Petugas meminta komuniti memuat turun aplikasi TEKUN Payment Channel melalui Google Playstore dan App Store
- Bagi pendaftaran kali pertama, skrin Log-in akan terpapar sejurus aplikasi dibuka dan usahawan TEKUN perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun pembiayaan TEKUN
- Seterusnya, tekan register. Maklumat yang betul akan disahkan dan anda perlu memasukkan nombor telefon anda untuk menerima nombor OTP
- Seperti biasa, anda akan berjaya masuk kedalam akaun anda dan perlu menetapkan kata laluan untuk mencipta akaun anda.
- Petugas berkongsi layar dokumen pdf (Panduan Penggunaan Aplikasi TEKUNPay) untuk kefahaman komuniti
E-Pembelajaran: Penghantaran Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2022 secara e-filing |
|
Tarikh |
: 07 Mei 2023 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: PEDi Ulu Seperi |
Peserta |
: 2 Orang |
TUJUAN:
- Memperkenalkan sistem e-filing kepada komuniti bagi menghantar Borang Nyata (BN)
- Percukaian yang sebelum ini dilakukan secara manual boleh dilakukan secara atas talian sahaja
- Pembayar cukai boleh mengakses sistem e-filing melalui portal rasmi ezHASIL LHDNM
- Pembayar cukai dapat menghantar Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan dalam tempoh yang telah ditetapkan
AKTIVITI:
- Kelas diadakan dengan pengenalan usahawan kepada borang percukaian pendapatan iaitu Borang Nyata (BN)
- Petugas memperkenalkan program e-filing Borang Nyata secara atas talian https://ez.hasil.gov.my/PKI/userlogin.aspx
- Petugas mengajar komuniti untuk mendapatkan sijil digital dan nombor PIN melalui portal rasmi tersebut
- Pembayar cukai perlu menyimpan dokumen seperti penyata pendapatan, resit, invois dan dokumen lain yang berkaitan dengan cukai pendapatan