TUJUAN:

  • Memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai aplikasi Wix.com iaitu merupakan sebuah platform yang memberi kebebasan untuk membuat,merancang,mengurus dan mengembangkan kehadiran web dengan tepat seperti yang kita mahukan
  • Komuniti setempat dapat menghasilkan laman web yang berkualiti tinggi dan secara tidak langsung dapat mempromosikan perniagaan, mempamerkan karya,membuka kedai atau memulakan blog
  • Dapat menambahkan ilmu pengetahuan komuniti setempat mengenai asas pembangunan laman web


AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan kepada Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi iaitu Kelas Asas Pembangunan Laman Web – Wix.com
  • Petugas memberikan link laman sesawang aplikasi Wix.com iaitu di https://www.wix.com/
  • Petugas menghantar tangkapan skrin (screenshot), sebagai panduan kepada komuniti setempat untuk menggunakan aplikasi ini

 

Galeri Gambar


 


TUJUAN:

  • Membuat perkongsian ilmu cara-cara untuk menghasilkan permainan pendidikan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Wordwall
  • Dengan adanya aktiviti pendidikan ini, komuniti setempat dapat melakukan aktiviti interaktif ini bersama keluarga dan juga rakan-rakan
  • Memberi idea kepada para ibu bapa untuk menghasilkan permainan pendidikan yang boleh menarik minat anak-anak mereka untuk belajar sambil bermain
  • Mendorong ibu bapa untuk mencipta permainan pendidikan yang kreatif dan seterusnya dapat merangsang pemikiran anak-anak mereka

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu “Cara untuk mencipta permainan pendidikan dengan menggunakan aplikasi WordWall”
  • Kemudian, petugas memberikan link aplikasi WordWall iaitu di https://wordwall.net/ 
  • Petugas menghantar tangkapan skrin (screenshot) bagi memudahkan urusan komuniti setempat

 

Galeri Gambar


 


TUJUAN:

  • Membantu para ibu bapa untuk menghasilkan kuiz yang menarik dan kreatif untuk anak-anak
  • Memberi pendedahan mengenai aplikasi QuizWhizzer ini iaitu merupakan alat kelas utama untuk mewujudkan perlumbaan kuiz yang menyeronokkan
  • Melalui aktiviti ini, ibu bapa dapat mencipta permainan pendidikan mengikut kategori yang diinginkan dan juga mengikut tahap umur
  • Dengan terciptanya permainan pendidikan ini, para pelajar dapat berkongsi permainan pendidikan ini bersama rakan-rakan yang lain

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu “Cara untuk mencipta permainan pendidikan dengan menggunakan aplikasi Quizwhizzer” 
  • Kemudian, petugas memberikan link aplikasi QuizWhizzer iaitu di https://quizwhizzer.com/ 
  • Seterusnya, petugas juga menyediakan video tutorial di Youtube untuk menggunakan aplikasi ini bagi rujukan komuniti setempat 
  • Petugas menghantar tangkapan skrin (screenshot) bagi memudahkan urusan komuniti setempat

 

Galeri Gambar


 


TUJUAN:

  • Menggalakkan komuniti setempat untuk terus aktif dengan pusat internet
  • Aktiviti kreatif untuk komuniti setempat terutamanya dalam kalangan ibu bapa dan pelajar
  • Dapat melahirkan komuniti yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan jadual yang menarik untuk kegunaan peribadi
  • Para peserta dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cara yang mudah iaitu secara atas talian sahaja (Online Class)

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi pendedahan dan penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu cara untuk menghasilkan jadual yang menarik dengan menggunakan aplikasi secara atas talian iaitu PosterMyWall
  • Petugas menyediakan link aplikasi PosterMyWall iaitu di https://www.postermywall.com/
  • Kemudian, petugas menunjuk langkah demi langkah untuk menggunakan aplikasi ini iaitu dimulakan dengan mendaftar akaun di aplikasi ini
  • Petugas juga menghantar tangkapan skrin (screenshot) sebagai rujukan para peserta

 

Galeri Gambar


 


TUJUAN:

  • Memberi tunjuk ajar kepada komuniti setempat untuk mencipta logo 3D dengan menggunakan aplikasi 3D Slash
  • Menerusi aktivti ini, komuniti setempat dapat menghasilkan dan mencipta logo perniagaan, produk dan sebagainya dengan lebih kreatif dan menarik
  • Aktiviti mencipta logo  yang unik dan menyeronokkan seperti permainan bangunan
  • Membantu komuniti setempat untuk menghasilkan logo mengikuti kreativiti mereka kerana aplikasi ini amat mudah dimulakan oleh semua lapisan masyarakat

 

AKTIVITI:

  • Seterusnya, petugas juga menyediakan video tutorial untuk menggunakan aplikasi ini bagi rujukan komuniti setempat 
  • Kemudian, petugas memberikan link aplikasi 3D Slash iaitu di https://www.3dslash.net/index.php 
  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu Cara Mencipta Logo 3D di 3D Slash kepada Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi 
  • Petugas menghantar tangkapan skrin (screenshot) bagi memudahkan urusan komuniti setempat ketika menggunakan aplikasi ini

 

Galeri Gambar