Kelas E-Kerajaan – Sistem Pendaftran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA9) | |
Tarikh | : 08 Disember 2020 |
Masa | :12.30 Tengahari – 2.30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
:10 Orang |
TUJUAN:
- Memberi penerangan kepada komuniti setempat untuk mendaftar / membuka akaun baru Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam perkhidmatan Awam (SPA9) jika ingin memohon sebarang pekerjaan di sektor kerajaan
- Membantu para peserta untuk mengemaskini data dan maklumat mereka di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA9)
- Membantu para peserta untuk mengisi jawatan kosong yang terdapat di SPA9 dengan mengikut kelayakan dan taraf pendidikan mereka
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas membuat hantaran video ke dalam Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi yang bertajuk “SPA9- Cara Mohon Kerja Kerajaan”
- Di dalam video tersebut memberi tunjuk ajar dan rujukan kepada komuniti setempat untuk mengisi maklumat dan mendaftar di SPA9
- Antara kandungan video berkenaan adalah :
- Pendafttaran
- Lupa kata laluan
- Log masuk
- Kata laluan / soal keselamatan
- Maklumat pemohon
Maklumat kelayakan akademik
Asas Teknologi Maklumat – Google Forms | |
Tarikh | : 05 Disember 2020 |
Masa | :12.30 Tengahari – 2.30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
:27 Orang |
TUJUAN:
- Memberi penerangan pengenalan Google Forms kepada komuniti setempat
- Memberi pendedahan mengenai maksud Google Forms iaitu Google Forms adalah borang maya yang membolehkan kita mendapatkan maklumat-maklumat tertentu yang dikumpul dari responden yang telah kita tetapkan
- Memberi pendedahan mengenai fungsi Aplikasi Google Forms iaitu memberi kelebihan dalam mengurus data serta dapat berinteraksi dengan pengguna
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas membuat hantaran video ke dalam Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi
- Petugas memberi penerangan mengenai apa itu Aplikasi Google Forms
- Petugas memberi pendedahan mengenai perkara-perkara yang boleh dihasilkan dengan menggunakan google forms
- Petugas memberi penerangan cara-cara untuk membina borang kutipan data dengan menggunakan aplikasi Google Forms
- Para peserta menjawab soalan kuiz yang disediakan oleh petugas dengan menggunakan Aplikasi Google Forms
Kelas Multimedia – Tutorial mendaftar / sign up Akaun Aplikasi Canva Secara Atas Talian | |
Tarikh | : 24 November 2020 |
Masa | :11.30 Pagi – 1.30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
:10 Orang |
TUJUAN:
- Melalui aktiviti ini para peserta dapat mencipta akaun Aplikasi Canva mereka sendiri
- Para peserta boleh bersama-sama membuat tutorial mendaftar akaun Aplikasi Canva sambil melihat hantaran video daripada petugas
- Para peserta dapat menghasilkan poster, flyers, kad jemputan majlis dan lain-lain secara atas talian
- Para peserta dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cara yang mudah iaitu secara atas talian sahaja (Online Class)
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas menghantar video tutorial mendaftar/ sign up Akaun Aplikasi Canva ke dalam Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi
- Petugas memberi penerangan mengenai kegunaan aplikasi Canva ini kepada para peserta
- Di dalam hantaran video berkenaan terdapat tutorial mendaftar akaun Aplikasi Canva dengan menggunakan 4 kaedah iaitu Sign Up With Google,sign Up With Facebook,Sign Up With Apple,Sign Up With Email
- Seterusnya di dalam video ini juga ada menerangkan mengenai apa itu Canva dan juga fungsi aplikasi Canva
- Memberi tunjuk ajar ringkas cara-cara untuk memilih template yang terdapat di dalam aplikasi Canva
Kelas Asas Teknologi Maklumat – Aplikasi Whatsapp Web | |
Tarikh | : 25 November 2020 |
Masa | :11.00 Pagi – 1.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
:10 Orang |
TUJUAN:
- Memperkenalkan komuniti setempat dengan Aplikasi Whatsapp Web
- Memberi tunjuk ajar kepada komuniti setempat tutorial mudah dan ringkas untuk menghantar fail / dokumen dengan menggunakan aplikasi Whatsapp Web
- Komuniti setempat diberi pendedahan dengan asas teknologi maklumat mengikut peredaran waktu
- Dapat memudahkan pelbagai urusan komuniti setempat bagi menghantar dokumen/fail yang penting kepada orang lain
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas menghantar video tutorial yang bertajuk “ Tutorial Log Masuk, Menghantar Fail/Dokumen dan Log Keluar di Aplikasi Whatsapp Web” kepada Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi
- Di dalam hantaran video berkenaan, petugas menunjukkan langkah-langkah untuk membuka whatsapp Web menerusi komputer / komputer riba
- Langkah pertama, para peserta perlu menaip Whatsapp Web di enjin carian Google dan kemudian Scan di QR Code yang dipaparkan
- Seterusnya petugas menerangkan elemen-elemen yang terdapat di aplikasi Whatsapp Web dan memberi tunjuk ajar cara-cara untuk menghantar dokumen/fail
- Akhir sekali, petugas memberi tunjuk ajar cara-cara untuk log keluar daripada aplikasi Whatsapp Web tersebut
E-Kerajaan – Cara Pengisian E-Census (Banci Penduduk 2020) Secara Atas Talian | |
Tarikh | : 23 November 2020 |
Masa | : 2.40 Petang – 4.40 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
:18 Orang |
TUJUAN:
- Memberi penerangan dan tutorial cara pengisian E-Census (Banci Penduduk 2020) secara atas talian
- Berdasarkan Akta Banci 1960 mewajibkan semua orang awam untuk mengambil bahagian menjawab semua soalan banci
- Pelaksanaan banci penduduk dan perumah adalah penting bagi mengenalpasti saiz, taburan, komposisi dan ciri sosio ekonomi penduduk serta perumahan di Malaysia
AKTIVITI:
- Mendapat maklumat dan penerangan mengenai Objektif Banci 2020 :
- Mengumpul stok serta profil penduduk dan Perumahan Negara meliputi ciri-ciri demografi dan sosio-ekonomi sehingga ke peringkat gegrafi terkecil
- Menjadi input perancangan pembangunan negara termasuk pengagihan per kapita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
- Menjadi asas Anggaran dan Unjuran bagi penduduk dan tempat kediaman
- Menjadi input penanda aras baharu dalam penyediaan indikator sosio-ekonomi