Kelas Permainan Pendidikan – Dam Haji Online
Tarikh : 20 Oktober 2020 
Masa : 2.00 Petang – 4.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

:6 Orang


TUJUAN:

  • Dapat melatih para peserta untuk menjadi seseorang yang hebat dalam permainan Dam Haji secara atas talian
  • Dapat memupuk semangat bersaing dalam diri para peserta untuk memenangi pertandingan Dam Haji
  • Para peserta dapat mengisi masa yang terluang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah

 

AKTIVITI:

  • Petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian google dan mencari Chess Training Online
  • Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta sebelum aktiviti permainan ini dimulakan
  • Pertandingan permainan Dam Haji secara atas talian dimulakan

 

Galeri Gambar


 

Kelas Keusahawanan – Perbankan Secara Talian
Tarikh : 19 Oktober 2020 
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

:4 Orang


TUJUAN:

  • Membolehkan para peserta mengenali bank-bank yang terdapat di kawasan tempat tinggal mereka
  • Mempelajari fungsi-fungsi bank
  • Mempelajari kebaikan-kebaikan yang diperoleh jika mempunyai perbankan atas talian

 

AKTIVITI:

  • Petugas membuka portal PI Ulu Seperi di laman sesawang kgseperi.pjk.com.my
  • Petugas meminta salah seorang peserta untuk membaca maklumat mengenai senarai bank yang terdapat di kawasan sekitar
  • Kemudian, petugas menerangkan mengenai kebaikan-kebaikan yang diperoleh jika mempunyai perbankan atas talian.
  • Memudahkan urusan jual beli atas talian
  • Menjimatkan masa
  • Boleh membayar bil utiliti
  • Sesi soal jawab antara petugas dan peserta

 

Galeri Gambar


 

 Kelas Keusahawanan – Donut Maker
Tarikh : 16 Oktober 2020 
Masa : 3.00 Petang – 6.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

:21 Orang

 

TUJUAN:

  • Para peserta dapat mempelajai pelbagai menu ringkas yang lain menggunakan saluran Youtube
  • Dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam penyediaan makanan yang ringkas dan mudah
  • Dapat membantu para peserta menjana idea perniagaan melalui Youtube
  • Menggalakkan para peserta untuk bersifat berdikari dan tidak mengharapkan ibu bapa bagi menyediakan makanan yang ringkas

 

AKTIVITI:

  • Petugas membuka laman Youtube dan membuka contoh-contoh resepi yang berkaitan
  • Setelah menonton video di laman Youtube, petugas memberi penerangan bagaimana untuk menghasilkan menu ringkas juadah minum petang iaitu donut
  • Para peserta diperkenalkan dengan satu persatu bahan-bahan yang diperlukan
  • Petugas mencetak resepi untuk membuat donut bagi memudahkan pemahaman para peserta untuk menghasilkan donut  mengikut citarasa mereka sendiri
  • Petugas membahagikan para peserta kepada dua kumpulan iaitu peserta lelaki dan perempuan
  • Aktiviti membuat donut  dimulakan

 

Galeri Gambar


 

Terapi Hati – Maulidur Rasul
Tarikh : 17 Oktober 2020 
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

:9 Orang


TUJUAN:

  • Menzahirkan kegembiraan kita kerana Rasulullah SAW diutuskan kepada kita
  • Menggerakkan semangat dan menyemai cinta serta rindu yang sejati kepada Rasulullah SAW
  • Pengisian kerohanian kepada para peserta kerana sekurang-kurangnya mampu mengingatkan setiap umat islam supaya menjadikan Baginda sebagai panduan mengisi keperluan duniawi dan mengejar akhirat
  • Memantapkan keyakinan terhadap Rasulullah SAW

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai erti sebenar Sambutan Maulidur Rasul
  • Para peserta dan petuga bersama-sama berselawat dan puji pujian ke atas Nabi Muhammad SAW
  • Seterusnya, petugas membuka video ceramah keagamaan yang berkaitan dengan sambutan Maulidur Rasul
  • Mempelajari amalan Sunat Maulid Nabi .
  • Memperdengar dan menghayati sirah Rasulullah SAW
  • Mengadakan sambutan Maulidur Rasul
  • Petugas memberi penerangan mengenai fadilat/kelebihan Maulidur Rasul

 

Galeri Gambar


 

Aktiviti Riadah Petang – Healthy Life
Tarikh : 12 Oktober 2020 
Masa : 4.00 Petang – 6.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

:5 Orang

 

TUJUAN:

  • Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat iaitu dengan melakukan aktiviti riadah
  • Dapat memupuk semangat kerjasama antara peserta ketika aktiviti riadah ini diadakan
  • Dapat mencergaskan tubuh badan para peserta
  • Dapat mengisi masa lapang para peserta dengan melakukan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat
  • Dapat membentuk disiplin diri yang tinggi dalam kalangan para peserta

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi taklimat dan pendedahan mengenai aktiviti sukan
  • Seterusnya, petugas memberi taklimat mengenai peraturan permainan yang perlu dipatuhi iaitu permainan kerusi berirama (music chair)
  • Kemudian, aktiviti yang seterusnya ialah petugas meminta para peserta untuk membuat senaman ringan sebelum aktiviti dimulakan
  • Aktiviti kerusi berirama dimulakan dan aktiviti ini dilakukan sebanyak 3 pusingan

 

Galeri Gambar