Healthy Life – Permainan Tradisional
Tarikh : 21 September 2020
Masa :4.00 Petang – 6.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 7 Orang

 

TUJUAN:

  • Aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang atau sebagai riadah kecil
  • Kegiatan sukan dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental para peserta
  • Dapat mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat negara yang berbilang kaum

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi taklimat dan pendedahan mengenai aktiviti sukan
  • Seterusnya, petugas memberi taklimat mengenai peraturan permainan yang perlu dipatuhi iaitu permainan tradisonal Baling Selipar 

  • Kemudian, aktiviti yang seterusnya ialah petugas meminta para peserta untuk membuat senaman ringan sebelum aktiviti dimulakan

  • Petugas membahagikan para peserta kepada 2 kumpulan
  •  Aktiviti sukan Baling Selipar dimulakan dengan pemantauan daripada petugas

 

Galeri Gambar


 

 E-Pembelajaran – Quizizz.com ( Subjek Sains )
Tarikh : 18 September 2020
Masa : 2.30 Petang – 4.30 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 4 Orang

 

TUJUAN:

  • Melalui aktiviti ini para peserta dapat menguji tahap pengetahuan am mereka mengenai topik yang telah diplih oleh para peserta
  • Aktiviti pembelajaran menjadi lebih menarik dan interaktif yang secara tidak langsung dapat menarik minat peserta
  • Dapat memupuk semangat kerjasama dan berpasukan antara peserta semasa ingin mendapatkan jawapan yang paling tepat
  • Melalui aktiviti ini para peserta dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai pelbagai aspek yang menarik

AKTIVITI:

  • Petugas meminta para peserta untuk membuka website https://quizizz.com 
  • Para peserta bebas memilih topik daripada subjek Sains yang mereka gemari  dan mengikut kategori umur para peserta dengan pemantauan daripada petugas
  • Peserta memulakan aktiviti menjawab soalan yang disediakan di laman web https://quizizz.com

 

Galeri Gambar


 

 Kelas E-Pembelajaran – Google Image + Buku Skrap Merdeka
Tarikh : 12 September 2020
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengah hari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 12 Orang

 

TUJUAN:

  • Para peserta dapat mempelajari cara-cara untuk mencari imej/gambar dengan menggunakan Google Image
  • Para peserta mempelajari cara-cara untuk memuat turun imek/gambar yang diperlukan
  • Para peserta dapat mempelajari mengenai tokoh-tokoh kemerdekaan di Malaysia
  • Dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan para peserta semasa menghasilkan Buku Skrap Merdeka ini

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian google dan membuka Google Image
  • Seterusnya, para peserta mencari imej/gambar yang diperlukan bagi menghasilkan buku skrap menarik dan cantik
  • Aktiviti diteruskan lagi dengan petugas memberi tunjuk ajar cara-cara untuk memuat turun imej/gambar
  • Kemudian, petugas memberi bimbingan cara-cara untuk mencetak dokumen
  • Petugas membantu dan memberi tunjuk ajar kepada para peserta sehingga mereka semua berjaya menghasilkan Buku Skrap Merdeka

 

Galeri Gambar


 

Permainan Pendidikan –Cantuman Gambar Secara Atas Talian (Jigsaw Puzzle)
Tarikh : 15 September 2020
Masa : 3.30 Petang – 5.30 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 5 Orang

 

TUJUAN:

  • Untuk mencabar ketangkasan, penaakulan spatial dan logik fikiran para peserta
  • Untuk  menjadikan otak kita bekerja dikedua-dua belah bahagian pada masa yang sama
  • Untuk melihat produk akhir (puzzle yang siap), sementara bahagian logik pula bekerja untuk memadankan kepingan-kepingan puzzle dengan betul dan sempurna.
  • Dapat memupuk kerjasama dalam kalangan para peserta ketika menyelesaikan tugasan yang diberikan

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas membuka laman web www.jigsawplanet.com di Smartboard
  • Peserta diperkenalkan dengan jenis-jenis puzzle yang ada
  • Peserta diminta memilih puzzle yang mempunyai 40 puzzle sebagai permulaan
  • Setelah selesai dengan 40 puzzle, peserta meneruskan dengan bilangan puzzle yang bertambah dan membuat puzzle dalam masa yang ditetapkan

 

Galeri Gambar


 

Kelas Keusahawanan – Youtube + Ice Cream Maker
Tarikh : 11 September 2020
Masa : 3.00 Petang - 6.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 13 Orang

 

TUJUAN:

  • Para peserta dapat menjadikan Youtube sebagai saluran untuk mendapatkan sumber maklumat dan sumber untuk mendapatkan idea bagi menghasilkan sesuatu yang diingini
  • Para peserta dapat mempelajari cara-cara untuk menghasilkan aiskrim Malaysia yang mudah dan ringkas
  • Dapat mencungkil minat para peserta untuk menceburi bidang keusahawanan di usia muda
  • Dapat memupuk semangat kerjasama dan berpasukan dalam kalangan para peserta

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas membuka aplikasi Youtube dan membuka video cara-cara membuat aiskrim Malaysia
  • Seterusnya, petugas menerangkan bahan-bahan yang diperlukan bagi menghasilkan 3 jenis perasa aiskrim Malaysia iaitu perasa coklat, oreo dan jelly
  • Aktiviti diteruskan lagi dengan petugas membahagikan para peserta kepada 3 kumpulan
  • Aktiviti membuat aiskrim dimulakan dengan petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta cara-cara untuk membuat bancuhan susu bagi ketiga-tiga jenis perasa aiskrim
  • Kemudian,petugas memberi tunjuk ajar cara-cara menghasilkan topping aiskrim dan memasukkan ke dalam plastik aiskrim
  • Aktiviti menghasilkan aiskrim Malaysia dijalankan sehingga selesai dan para peserta berjaya membawa pulang hasil aiskrim mereka

 

Galeri Gambar