Kelas Multimedia – Powtoon (Video Ringkas) | |
Tarikh | : 08 September 2020 |
Masa | : 2.30 Petang - 4.30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 5 Orang |
TUJUAN:
- Mendedahkan pengetahuan asas mengenai Powtoon (www.powtoon.com)
- Untuk menjadikan peserta lebih kreatif dan inovatif
- Untuk menarik minat peserta supaya boleh menghasilkan video yang menarik
AKTIVITI:
- Petugas memberi pendedahan mengenai perisian Video Powtoon secara online (www.powtoon.com)
- Peserta mempelajari kaedah-kaedah untuk membuat video yang menarik
- Peserta diberi tunjuk ajar tentang fungsi menu yang terdapat di powtoon
- Peserta diberi tunjuk ajar tentang cara-cara untuk menggunakan “animation” yang ada
- Peserta diberi tunjuk ajar untuk menyimpan video dengan betul
Kelas Multimedia – Canva.com | |
Tarikh | : 05 September 2020 |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 11 Orang |
TUJUAN:
- Membantu para peserta untuk menghasilkan poster yang menarik dan mengikut kreativiti para peserta
- Dapat memupuk semangat bersaing dalam diri para peserta untuk menghasilkan poster paling cantik
- Para peserta dapat mengisi masa yang terluang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah
- Para peserta dapat mempelajari setiap elemen yang terdapat di dalam aplikasi canva.com
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian google dan membuka laman sesawang canva.com di https://www.canva.com/
- Kemudian, petugas menerangkan secara keseluruhan mengenai setiap elemen yang terdapat di dalam aplikasi tersebut
- Para peserta memulakan aktiviti mencipta poster dengan bimbingan daripada petugas
Editing Class: Postermywall | |
Tarikh | : 03 September 2020 |
Masa | : 2.30 Petang - 4.30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 15 Orang |
TUJUAN:
- Menggalakkan remaja untuk terus aktif dengan Pusat Internet
- Aktiviti kreatif untuk remaja
- Meningkatkan penggunaan My Vote dalam aplikasi Dashboard
- Dapat melahirkan komuniti yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan poster pertandingan
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta peserta untuk membuka email masing- masing dan cuba untuk login ke Postermywall.
- Seterusnya, petugas menasihatkan peserta untuk menghasilkan poster yang lebih kreatif.
- Aktiviti dimulakan iaitu aktiviti multimedia mencipta poster Pusat Internet dengan menggunakan aplikasi Postermywall.
- Petugas memberi tunjuk ajar setiap elemen yang terdapat di dalam aplikasi Postermywall bagi menghasilkan poster "PUSAT INTERNET PEMANGKIN KOMUNITI DIGITAL"
Kelas Asas Teknologi Maklumat – Google Meeting | |
Tarikh | : 04 September 2020 |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 2 Orang |
TUJUAN:
- Dapat membantu para peserta untuk menyertai Taklimat Undang-undang dan Peraturan Asas Bola Sepak Secara Asas Talian (Google Meet) bagi Sekolah Rendah Peringkat MSSNS, Tahun 2020
- Para peserta dapat mempelajari mengenai Asas Teknologi Maklumat yang terkini iaitu Google Meet
- Para peserta dapat berhubung bersama guru dan rakan-rakan melalui secara atas talian
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian google dan membuka laman sesawang https://meet.google.com/
- Kemudian, petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta cara-cara untuk log masuk ke Google Meet dengan menggunakan emel dan kata laluan yang telah disediakan oleh pihak sekolah
- Seterusnya, petugas memberi penerangan cara-cara untuk menggunakan aplikasi Google Meet
Kelas Keusahawanan – Junior Chef | |
Tarikh | : 17 Ogos 2020 |
Masa | : 2.30 Petang - 4.30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 13 Orang |
TUJUAN:
- Dapat membantu para peserta menjana idea perniagaan melalui Youtube
- Dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam penyediaan makanan yang ringkas dan mudah
- Para peserta dapat mempelajai pelbagai menu ringkas yang lain menggunakan saluran Youtube
- Menggalakkan para peserta untuk bersifat berdikari dan tidak mengharapkan ibu bapa bagi menyediakan makanan yang ringkas
AKTIVITI:
- Petugas membuka laman Youtube dan membuka contoh-contoh resepi yang berkaitan
- Setelah menonton video di laman Youtube, petugas memberi penerangan bagaimana untuk menghasilkan menu ringkas juadah minum petang iaitu sandwich telur
- Para peserta diperkenalkan dengan satu persatu bahan-bahan yang diperlukan
- Petugas mencetak resepi untuk membuat sandwich telur bagi memudahkan pemahaman para peserta untuk menghasilkan sandwich telur mengikut citarasa mereka sendiri
- Petugas membahagikan para peserta kepada dua kumpulan iaitu peserta lelaki dan perempuan
- Aktiviti membuat sandwich telur dimulakan