Bengkel Keusahawanan  – Perniagaan Secara Atas Talian (Shopee)

Tarikh : 7 Ogos 2020
Masa :10:00 Pagi – 4:00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 6 Orang

 

TUJUAN:

    • Memberi penerangan mengenai peringatan untuk pembeli anda
  • Memberi pendedahan secara keseluruhan mengenai Apa itu Pusat Pemasaran
  • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara langsung mengenai peralatan pemasaran

 

AKTIVITI:

    • Aktiviti dimulakan dengan memberi penerangan mengenai peringatan untuk pembeli anda iaitu Cara menikmati penghantaran percuma Shopee
    • Kemudian, petugas memberi penerangan mengenai Apa itu Pusat Pemasaran
  • Memberi gambaran keseluruhan mengenai peralatan pemasaran.
  • Tutorial dan tunjuk ajar secara langsung membuat promosi diskaun, baucar, hadiah pengikut dan pilihan tertinggi

 

Galeri Gambar


 

 Kelas Keusahawanan – Pemasaran Dalam Talian Aplikasi Shopee

Tarikh : 4 Ogos 2020
Masa : 10.00 Pagi  – 12.00 Tengahari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 2 Orang

 

TUJUAN:

  • Membantu para peserta yang buat pertama kali mendapat pesanan di kedai dalam aplikasi Shopee
  • Memberi penerangan dan tutorial kepada para peserta apabila mendapat pesanan daripada pelanggan
  • Memberi penerangan mengenai penghantaran bersepadu Pos Laju, DHL, dan J&T

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan memberi penerangan apa yang perlu dilakukan apabila menerima pesanan
  • Tutorial menerima pesanan dimulakan.
  • Penerangan mengenai penghantaran pesanan
  • Memberi tunjuk ajar cara-cara untuk mencetak “Air Waybill )AWB”
  • Penerangan mengenai penghantaran bersepadu

 

Galeri Gambar


Santai Riadah Petang – Bola Beracun

Tarikh : 19 Julai 2020
Masa : 3.30 Petang – 5.30 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 11 Orang

 

TUJUAN:

  • Dapat mengisi masa lapang komuniti setempat dengan melakukan aktiviti yang berfaedah
  • Dapat memastikan kesihatan diri terjaga
  • Dapat menjadi medium penyatuan rakyat
  • Menambah keyakinan dan motivasi diri para peserta

 

AKTIVITI:

    • Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta para peserta untuk membuat senaman ringan terlebih dahulu sebelum aktiviti riadah bermula
  • Kemudian, petugas memberi penerangan mengenai peraturan-peraturan permainan Bola Beracun
  • Petugas membahagikan para peserta kepada 2 kumpulan
  • Aktiviti santai riadah petang dimulakan dengan pemantauan daripada petugas

 

Galeri Gambar


 

 

Kelas Multimedia – Youtube & Video Kraftangan Merdeka

Tarikh : 2 Ogos 2020
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 5 Orang

 

TUJUAN:

    • Dapat menggalakkan komuniti terus aktif dengan Pusat Internet
  • Merapatkan hubungan bersama organisasi kampung dan Pusat Internet
  • Para peserta dapat mengitar semula barangan terpakai
  • Para peserta dapat menghasilkan kraftangan yang kreatif dan inovatif mengikut idea masing-masing

 

AKTIVITI:

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan mengenai tujuan aktiviti yang akan dilakukan
    • Seterusnya , petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian Google dan mencari contoh-contoh kraftangan menerusi saluran Youtube bagi menjana idea para peserta
    • Aktiviti diteruskan dengan para peserta mengumpulkan barangan terpakai untuk dikitar semula bagi menghasilkan kraftangan yang menarik
    • Aktiviti menghasilkan kraftangan dimulakan dengan bantuan daripada petugas
    • Kemudian, petugas membantu para peserta untuk menghasilkan video menerusi aplikasi Movie Maker
  • Setelah video selesai dihasilkan, petugas memberi tunjuk ajar cara-cara untuk memuatnaik video berkenaan di Facebook Page Pusat Internet Ulu Seperi

 

Galeri Gambar


 

 Advokasi SKMM + Permainan Pendidikan – Check Your Label & Gogy Games

Tarikh : 18 Julai 2020
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 6 Orang

 

TUJUAN:

                  • Para peserta dapat belajar cara-cara untuk mengenalpasti peranti elektronik yang mempunyai label MCMC
  • Melalui penerangan Check Your Label, peserta akan lebih berwaspada dan berhati-hati jika ingin membuat pembelian sesuatu barang telekomunikasi
  • Melalui aktiviti permainan pendidikan para peserta dapat bermain pendidikan mengikut kategori umur mereka
  • Para peserta dapat bermain permainan pendidikan yang lebih interaktif dan secara tidak langsung dapat merangsang pemikiran para peserta bagi menyelesaikan tugasan permainan tersebut

 

AKTIVITI:

      • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai elemen-elemen yang terkandung di dalam modul Check Your Label
  • Kemudian, petugas membuka video Check Your Label bagi menambah tahap kefahaman para peserta
  • Aktiviti diteruskan dengan permainan pendidikan interaktif – Gogy Game
  • Petugas memberi penerangan cara-cara untuk bermain permainan pendidikan tersebut
  • Aktiviti permainan pendidikan dimulakan

 

Galeri Gambar