Advokasi SKMM + E-Pembelajaran – Berkongsi Secara Berlebihan & Subjek Matematik

Tarikh : 17 Julai 2020
Masa :  3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 12 Orang

 

TUJUAN:

                • Dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru
  • Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
  • Memberi pendidikan kepada pengguna internet mengenai kepentingan kawal selia kendiri
  • Para peserta dapat mengulangkaji pelajaran di dalam subjek  Matematik
  • Para peserta dapat belajar sambil bermain bersama rakan-rakan

 

AKTIVITI:

    • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai advokasi Berkongsi Secara Berlebihan
  • Kemudian, petugas membuka video yang berkaitan bagi menguji kefahaman para peserta
  • Aktiviti diteruskan dengan aktiviti E-Pembelajaran bagi subjek Matematik
  • Petugas meminta peserta untuk membuka enjin carian Google dan menaip Arcademics Skill Builder
  • Aktiviti dimulakan dan peserta bebas memilih permainan pendidikan mengikut peringkat umur yang bersesuaian

 

Galeri Gambar


 

 KDB + Bengkel E-Pembelajaran – Ketagihan Gajet dan Interaktif Kids

Tarikh : 10 Julai 2020
Masa :  2.30 Petang – 5.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 3 Orang

 

TUJUAN:

              • Bagi mendedahkan para peserta dengan erti sebenar ketagihan gajet
  • Memberi pendedahan mengenai kesan positif dan juga kesan negatif yang diperoleh daripada ketagihan gajet ini
  • Memberi penerangan mengenai perkara-perkara yang perlu diambil kira oleh ibu bapa sebelum anak ketagihan gajet
  • Melalui aktiviti seterusnya, para peserta dapat menggunakan masa yang terluang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah menerusi aktiviti pembelajaran iaitu Interaktif Kids
  • Para peserta dapat mempelajari mengenai pelbagai bahasa yang digunakan di negara-negara Asia

 

AKTIVITI:

  • Kemudian menerangkan mengenai kesan positif ketagihan gajet
  • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai maksud sebenar ketagihan gajet
  • Seterusnya menerangkan mengenai kesan negatif ketagihan gajet iaitu mewujudkan sikap malas, masalah kesihatan, kurang membaca buku,keburukan menggunakan internet, kurang aktiviti luar & leka pada dunia maya,ketagihan permainan komputer.
  • Petugas memberi pendedahan mengenai perkara yang perlu diambil kira oleh ibu bapa sebelum anak ketagihan gajet seperti membeli gajet yang sesuai dengan keperluan anak, membataskan waktu penggunaan dan mengawasinya kepada anak kecil, meletakkan kata laluan pada gajet dan mengetahui kata laluan aplikasi media sosial anak
  •  Aktiviti yang seterusnya iaitu aktiviti E-Pembelajaran menerusi laman sesawang www.abcya.com 
  • Para peserta mempelajari mengenai bahasa-bahasa yang digunakan di seluruh Asia

 

Galeri Gambar


 

KDB + Bengkel E-Pembelajaran – Buli Siber & Promosi Facebook Page Menarik Di Jelebu

Tarikh : 06 Julai 2020
Masa   10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 5 Orang

 

TUJUAN:

          • Para peserta didedahkan dengan maksud sebenar pembulian siber
  • Peserta diberi penerangan mengenai bentuk pembulian yang sering dialami oleh responden iaitu seperti
  • Seterusnya, petugas memberi pendedahan mengenai pembulian siber mengikut jantina dan umur
  • Melalui aktiviti yang seterusnya, dapat mempromosikan Facebook Page Menarik Di Jelebu kepada komuniti setempat
  • Dapat meningkatkan jumlah tanda suka /likes di Facebook Page Menarik Di Jelebu

 

AKTIVITI:

          • Aktiviti dimulakan dengan petugas membuka video yang berkaitan dengan Klik Dengan Bijak – Buli Siber
  • Kemudian petugas memberi penerangan mengenai maksud sebenar buli siber
  • Seterusnya, peserta diberi penerangan mengenai pembulian siber mengikut jantina dan umur
          • Petugas memberi penerangan mengenai isi kandungan yang terdapat di Facebook Page berkenaan
          • Aktiviti yang seterusnya ialah, petugas membuka Facebook Page Menarik Di Jelebu dan memberikan penerangan mengenai tujuan facebook page berkenaan diwujudkan 
          • Peserta menonton video-video menarik yang terdapat di Facebook Page Menarik Di Jelebu

 

Galeri Gambar


 

Advokasi + E-Pembelajaran : Asas Teknologi Maklumat & Online Homework During MCO

Tarikh : 07 Julai 2020
Masa   10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 6 Orang

 

TUJUAN:

            • Memberi pendedahan dan pendekatan kepada komuniti setempat mengenai teknologi masa kini iaitu komputer dan internet
  • Memberi pendedahan mengenai literasi digital dan media itu kemampuan seseorang untuk menggunakan pelbagai media untuk mengakses, menganalisis serta menghasilkan maklumat untuk keperluan dalam kehidupan seharian
  • Memberi pendedahan mengenai ciri-ciri warganegara digital yang baik
  • Membantu para peserta menyelesaikan tugasan kerja sekolah mereka

 

AKTIVITI:

            • Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai komputer dan internet
  • Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta cara-cara untuk membuka dan menggunakan aplikasi Whatsapp Web untuk tujuan menyelesaikan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru mereka melalui aplikasi Whatsapp
  • Membantu para peserta untuk menyelesaikan tugasan yang diberikn oleh guru mereka
  • Membantu peserta untuk mencetak tugasan yang diberikan dengan menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet

 

Galeri Gambar


 

Kelas Keusahawanan – Perniagaan Secara Atas Talian (Shopee)

Tarikh : 05 Julai 2020
Masa   10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri

Peserta

: 1 Orang

 

TUJUAN:

        • Memberi pendedahan kepada peserta mengenai 5 kelebihan utama yang ada pada Shopee sehingga membolehkan platform ini popular dan menjadi pilihan orang ramai untuk menjana pendapatan sampingan
  • Dapat membantu usahawan separuh masa(part time) termasuk yang sudah bekerja makan gaji serta suri rumah untuk mempunyai sebuah kedai online
  • Dapat membimbing peserta untuk menjadi usahawan atas talian yang berjaya

 

AKTIVITI:

        • Aktiviti dimulakan dengan peserta membuka akaun Shopee beliau
  • Kemudian, petugas memberi tunjuk ajar cara-cara untuk mencetak invois menerusi akaun shopee
  • Petugas memberi pendedahan mengenai 5 kelebihan utama yang ada pada platform Shopee
  • Membantu peserta untuk mempromosikan produk jualan di Shopee
  • Petugas memberikan pendedahan untuk menjadi usahawan yang berjaya

 

Galeri Gambar