KLIK DENGAN BIJAK & E-PEMBELAJARAN – KETAGIHAN GAJET & INTERAKTIF KIDS |
|
Tarikh | : 13 November 2019 (Rabu) |
Masa | : 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 7 Orang |
TUJUAN :
- Memberi pendedahan kepada para peserta tentang bahana dan risiko yang akan terjadi sekiranya seseorang itu ketagihan gajet
- Para peserta turut didedahkan dengan tips dan langkah-langkah daripada ketagihan menggunakan gajet
- Melalui aktiviti E-Pembelajaran Interaktif Kids, para peserta dapat bermain permainan pendidikan bersama kawan-kawan yang lain
- Melalui aktiviti ini juga dapat melatih para peserta untuk mahir dalam menggunakan komputer dan tetikus
AKTIVITI :
- Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian google dan mencari informasi mengenai ketagihan gajet
- Kemudian, petugas memberi penerangan mengenai maksud sebanar ketagihan gajet bagi memudahkan pemahaman para peserta
- Seterusnya, petugas memberi penerangan mengenai tips dan langkah-langkah supaya tidak terjebak dengan ketagihan gajet
- Aktiviti diteruskan dengan kelas E-Pembelajaran Interaktif Kids dan petugas meminta para peserta untuk membuka laman sesawang www.abcya.com
- Petugas menerangkan mengenai cara-cara menggunakan permainan pendidikan ini
- Para peserta memulakan aktiviti permainan pendidikan mereka mengikut subjek yang telah mereka pilih
KLIK DENGAN BIJAK & LATIHAN KEUSAHAWANAN – HAK & TANGGUNGJAWAB WARGA DIGITAL & IDEA PIZZA HOMEMADE |
|
Tarikh | : 08 November 2019 (Jumaat) |
Masa | : 2.30 Petang – 5.30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 10 Orang |
TUJUAN :
-
- Para peserta didedahkan dengan latar belakang MCMC
- Petugas memberi pendedahan mengenai jenayah siber secara menyeleuruh kepada para peserta yang terlibat
Para peserta juga diberi penerangan mengenai pengawalseliaan alam siber / media baru yang melibatkan pelbagai agensi lain
- Melalui aktiviti latihan keusahawanan pula, secara tidak langsung dapat mencetuskan minat para peserta untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menggunakan Youtube sebagai platform mendapatkan dan menjana idea perniagaan
AKTIVITI :
- Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai Klik Dengan Bijak – Hak & Tanggungjawab Warga Digital
- Aktiviti diteruskan dengan petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian google dan mencari Resepi mudah untuk menghasilkan Pizza Homemade
- Setelah selesai mencari resepi yang mudah dan ringkas untuk dihasilkan, petugas memberi penerangan mengenai bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan bagi menghasilkan Pizza Homemade yang ringkas dan lazat
- Aktiviti latihan keusahawanan menghasilkan Pizza Homemade dimulakan dengan bantuan daripada petugas
- Aktiviti minum petang bersama para peserta yang terlibat
KELAS KLIK DENGAN BIJAK, PROMOSI PUSAT INTERNET & KELAS MULTIMEDIA – ASPIRASI DIGITAL, PROMOSI FACEBOOK PAGE & PORTAL PUSAT INTERNET + CANVA.COM (EDITING PICTURE) |
|
Tarikh | : 13 Oktober 2019 (Ahad) |
Masa | : 2.30 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 10 Orang |
TUJUAN :
- Menjadikan ICT dan internet sebagai medium pembelajaran
- Menanamkan elemen Klik Dengan Bijak semasa penggunaan komputer dan internet
- Dapat mempromosikan Facebook Page dan Portal Pusat Internet kepada komuniti setempat
- Para peserta dapat mempelajari cara-cara untuk mengedit gambar dan seterusnya menghasilkan kad ucapan ringkas menggunakan canva.com
AKTIVITI :
- Petugas memulakan aktiviti dengan menerangkan elemen Klik Dengan Bijak kepada para peserta
- Seterusnya petugas membuka Facebook Page Pusat Internet Ulu Seperi dan juga Portal Pusat Internet bagi tujuan promosi
- Aktiviti diteruskan dengan kelas Multimedia Canva.com iaitu menghasilkan kad ucapan ringkas dan menarik
- Petugas memberi tunjuk ajar setiap elemen yang terdapat di dalam aplikasi canva.com bagi menghasilkan kad ucapan yang menarik dan kreatif
E-KERAJAAN – JAWATAN KOSONG SPA 8I DAN KELAS RESUME SERTA CURICULUM VITAE (CV) |
|
Tarikh | : 01 November 2019 (Jumaat) |
Masa | : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta |
: 4 Orang |
TUJUAN :
- Membantu para peserta untuk mengemaskini data dan maklumat mereka di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8)
- Membantu para peserta untuk mengisi jawatan kosong yang terdapat di SPA8i dengan mengikut kelayakan dan taraf pendidikan mereka
- Kemudian, dapat membantu para peserta dalam menghasilkan Resume dan Curriculum Vitae (CV) dengan menggunakan 2 kaedah iaitu menggunakan canva dan juga Microsoft Office Word
AKTIVITI :
- Aktiviti dimulakan dengan petugas membantu dan menerangkan cara-cara untuk mendaftar akaun SPA 8i di laman web https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
- Kemudian, petugas memberi penerangan dan memberi tunjur ajar untuk mengemaskini maklumat mereka di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8)
- Aktiviti seterusnya ialah, peserta diajar menggunakan dua kaedah dalam menghasilkan resume dan curriculum vitae (CV) iaitu dengan menggunakan Canva dan juga Microsoft Office Word
ADVOKASI SKMM & DASHBOARD KOMUNITI – MOBILE E-WASTE + DOKTOR CILIK (PEMERIKSAAN KESIHATAN) & MY KOMUNITI |
|
Tarikh | : 12 Oktober 2019 (Sabtu) |
Masa | : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 4 Orang |
TUJUAN :
- Peserta didedahkan dengan manfaat yang akan diperolehi jika melakukan aktiviti yang disarankan dalam Program Mobile E-Waste
- Memupuk komuniti setempat untuk menguruskan E-Sisa Mudah Alih dengan betul
- Dapat memupuk dan mendorong komuniti setempat untuk terus melakukan pemeriksaan kesihatan di Pusat Internet
- Dapat mendorong komuniti setempat untuk membuat pengumuman menggunakan medium My Komuniti di aplikasi Dashboard Komuniti
- Para peserta juga dapat mengenali peralatan-peralatan yang digunakan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan secara tidak langsung dapat mendidik mereka menjadi doktor cilik
AKTIVITI :
- Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta para peserta membuka enjin carian google dan mendapatkan maklumat mengenai Advokasi SMM Mobile E-Waste
- Kemudian, petugas menerangkan apa itu kempen Mobile E-Waste dan juga cara-cara yang betul bagi melupuskan sisa mudah alih dengan betul
- Seterusnya, petugas meneruskan aktiviti dengan memperkenalkan peralatan pemeriksaan kesihatan kepada para peserta yang terlibat
- Aktiviti pemeriksaan kesihatan dimulakan
- Aktiviti yang seterusnya ialah, petugas membantu para peserta untuk membuat pengumuman menggunakan medium My Komuniti di aplikasi Dashboard Komuniti