ADVOKASI SKMM & YOUTUBE ART AND CRAFT – KESELAMATAN KATA LALUAN + ANYAMAN TIKAR |
|
Tarikh | : 11 Oktober 2019 (Jumaat) |
Masa | : 3.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 10 Orang |
TUJUAN :
- Para peserta didedahkan dengan maksud sebenar kata laluan iaitu sejenis bentuk untuk kita menggawal dan melindungi sesuatu sistem yang melibatkan data peribadi kita dari diceroboh
- Mendedahkan dan menekankan kepentingan penggunaan kata laluan kepada para peserta yang terlibat
- Menerangkan langkah-langkah penyelesaian bagi menjamin keselamatan kata laluan peribadi
- Para peserta dapat menonjolkan bakat dalam menghasilkan anyaman tikar mengikut kreativiti masing-masing
AKTIVITI :
- Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai Advokasi SKMM Keselamatan Kata Laluan
- Kemudian, petugas meminta salah seorang peserta untuk membuka enjin carian Google dan membuka Youtube dan mencari cara-cara untuk menghasilkan art & craft anyaman tikar
- Petugas menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan bagi menghasilkan art & craft anyaman tikar
- Para peserta memulakan aktiviti mereka dengan bantuan yang minimal daripada petugas
E-KERAJAAN & ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI – PEPERIKSAAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA 8) + ENJIN CARIAN GOOGLE |
|
Tarikh | : 07 Oktober 2019 (Isnin) |
Masa | : 9.00 Petang – 1.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 2 Orang |
TUJUAN :
- Dapat membantu komuniti setempat yang mendapat peluang untuk memasuki Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menjawab soalan peperiksaan yang disediakan
- Memberi tips kepada calon untuk menggunakan enjin carian Google sebagai alternatif untuk mendapatkan info dan maklumat yang tepat mengenai soalan yang diberikan
- Di samping itu, calon juga dapat menambahkan lagi pengetahuan am sedia ada mengenai pelbagai aspek terutamanya yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon
AKTIVITI :
- Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi idea kepada para peserta untuk mengulangkaji sebelum peperiksaan bermula dengan mencari contoh-contoh soalan yang berkaitan dengan peperiksaan yang bakal diambil
- Petugas membantu para peserta untuk mencari contoh-contoh soalan yang berkaitan secara atas talian
- Semasa peperiksaan bermula, petugas bersama-sama membantu para peserta untuk menyelesaikan soalan peperiksaan yang disediakan
- Petugas menggalakkan peserta untuk menggunakan enjin carian Google sebagai alternatif untuk mencari maklumat dan jawapan yang tepat
E-KERAJAAN – PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN ONLINE (SISTEM PENGURUSAN PERKAHWINAN ISLAM MALAYSIA) |
|
Tarikh | : 01 Oktober 2019 (Selasa) |
Masa | : 10.00 Pagi – 1.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 2 Orang |
TUJUAN :
- Membantu pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan mengisi permohonan kebenaran berkahwin secara atas talian di laman sesawang http://www.sppim.gov.my/sppim/online/benarnikahonline
- Memberi penerangan dan pendedahan kepada para peserta mengenai langkah-langkah yang betul semasa mengisi permohonan kebenaran berkahwin
- Membantu mempermudahkan urusan pasangan yang ingin berkahwin
AKTIVITI :
- Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta peserta untuk membuka enjin carian google dan membuka laman sesawang http://www.sppim.gov.my/sppim/online/benarnikahonline
- Kemudian, petugas meminta para peserta untuk membaca dan memahami syarat-syarat permohonan kebenaran nikah online (BNO) iaitu :
- Isi maklumat permohonan
- Hantar permohonan
- Cetak senarai semak
- Pengesahan Penolong Pendaftar NCR ( Nikah, Cerai dan Rujuk )
- Kelulusan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)
- Langkah seterusnya ialah, petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta cara-cara untuk memulakan mengisi borang permohonan baru
- Memberi tunjuk ajar kepada para peserta cara-cara untuk mencetak dokumen yang diperlukan
ADVOKASI SKMM & E-PEMBELAJARAN – ONLINE GROOMING & JIGSAW PUZZLE PLANET |
|
Tarikh | : 04 Oktober 2019 (Jumaat) |
Masa | : 3.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 10 Orang |
TUJUAN :
- Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai Online Grooming yang menjadi tular pada masa kini
- Mendedahkan maksud Online Grooming kepada para peserta iaitu Grooming merupakan proses membina hubungan emosional dengan mangsa, untuk mendapatkan kepercayaan mereka untuk eksploitasi dan penderaan masa depan
- Untuk mencabar ketangkasan, penaakulan spatial dan logik fikiran para peserta melalui aktiviti Jigsaw Puzzle Planet
- Untuk menjadikan otak kita bekerja dikedua-dua belah bahagian pada masa yang sama
AKTIVITI :
- Petugas memulakan kelas dengan menerangkan maksud Online Grooming kepada para peserta yang terlibat
- Kemudian, petugas membuka video yang berkaitan dengan Online Grooming
- Aktiviti seterusnya, petugas membuka laman web www.jigsawplanet.com di Smartboard dan meminta para peserta untuk membuka laman web berkenaan di komputer masing-masing
- Peserta diperkenalkan dengan jenis-jenis puzzle yang ada
- Aktiviti permainan puzzle dimulakan dengan bimbingan yang minima daripada petugas
E-KERAJAAN : MENGEMASKINI PENDAFTARAN PEKERJAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM (SPA8I) |
|
Tarikh | : 18 September 2019 (Rabu) |
Masa | : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 2 Orang |
TUJUAN :
- Membantu para peserta untuk mengemaskini data dan maklumat mereka di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8)
- Mendedahkan para peserta dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPA8 untuk pelantikan ke perkhidmatan awam
- Untuk dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian
AKTIVITI :
- Petugas meminta peserta untuk menggunakan browser Internet Explorer dan membuka laman sesawang http://www.spa.gov.my
- Kemudian, peserta dikehendaki untuk memasukkan nombor kad pengenalan dan juga kata laluan yang telah didaftarkan
- Peserta seterusnya diminta untuk mengemaskini maklumat-maklumat yang dikehendaki seperti :
- Maklumat diri pemohon
- Maklumat akademik
- Maklumat ko-kurikulum
- Maklumat tambahan pemohon
- Akhir sekali, peserta diminta untuk memilih jawatan yang setaraf dengan kelulusan akademik dan seterusnya mengesahkan maklumat yang telah diisi