ADVOKASI & LATIHAN KEUSAHAWANAN – BERKONGSI SECARA BERLEBIHAN & DAPUR SI KECIL ( APAM POLKADOT) |
|
Tarikh | : 07 Julai 2019 (Ahad) |
Masa | : 3.00 Petang – 6.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 14 Orang |
TUJUAN :
- Dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru
- Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
- Memberi pendidikan kepada pengguna internet mengenai kepentingan kawal selia kendiri
- Dapat membantu para peserta menjana idea perniagaan melalui Youtube
- Dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam penyediaan makanan yang ringkas dan mudah
- Para peserta dapat mempelajai pelbagai menu ringkas yang lain menggunakan saluran Youtube
AKTIVITI :
- Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai advokasi Berkongsi Secara Berlebihan
- Kemudian, petugas membuka video yang berkaitan bagi menguji kefahaman para peserta
- Aktiviti seterusnya ialah menonton cara-cara membuat kuih Apam Polkadot menerusi saluran Youtube
- Seterusnya mencari resepi Apam Polkadot menerusi enjin carian google
- Aktiviti membuat Apam Polkadot bermula
ADVOKASI & E-PEMBELAJARAN – ADAB KEBERSIHAN DIRI & PERMAINAN TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN (DIY BATU SEREMBAN) |
|
Tarikh | : 06 Julai 2019 (Sabtu) |
Masa | : 10.30 Pagi – 1.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 13 Orang |
TUJUAN :
- Memahami maksud kebersihan diri, tubuh badan, pakaian dan alatan
- Menyenaraikan kepentingan penjagaan kebersihan diri, tubuh badan,pakaian dan alatan
- Menjelaskan kesan-kesan pengabaian kebersihan diri, tubuh badan,pakaian dan alatan
- Para peserta dapat diperkenalkan dengan permainan warisan yang telah lama ditinggalkan oleh masyarakat moden kini
- Para peserta berpeluang untuk mengenali sejarah dan latar belakang permainan tradisional ini
- Para peserta berpeluang menghasilkan DIY batu seremban mereka sendiri
AKTIVITI :
- Petugas memberi penerangan mengenai maksud, kepentingan dan juga kesan-kesan pengabaian kebersihan diri, tubuh badan, pakaian dan alatan
- Kemudian, petugas memulakan aktiviti penerangan mengenai permainan tradisional masyarakat Negeri Sembilan iaitu permainan Batu Seremban
- Aktiviti yang seterusnya ialah petugas menunjukkan cara-cara menghasilkan DIY Batu Seremban dengan menggunakan enjin carian Google
- Aktiviti menghasilkan Batu Seremban dimulakan
KELAS ADVOKASI DAN E-PEMBELAJARAN : HAK DAN TANGGUNGJAWAB WARGA DIGITAL DAN SUBJEK MATEMATIK & BAHASA INGGERIS |
|
Tarikh | : 05 Julai 2019 (Jumaat) |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 8 Orang |
TUJUAN :
- Para peserta didedahkan dengan latar belakang MCMC
- Para peserta juga diberi penerangan mengenai jenayah siber dan contoh jenayah siber yang sering berlaku kini
- Memberi pendedahan mengenai Peruntukan undang-undang AKM98
- Seterusnya, para peserta dapat bermain permainan pendidikan secara atas talian bagi subjek Matematik dan juga Bahasa Inggeris
AKTIVITI :
- Aktiviti dimulakan dengan pendedahan daripada petugas mengenai Advokasi Hak dan Tanggungjawab Warga Digital
- Kemudian, petugas menerangkan mengenai contoh-contoh jenayah siber yang sering berlaku pada masa kini
- Sesi kedua iaitu, aktiviti pembelajaran bagi subjek Matematik dan bahasa Inggeris menerusi laman web https://www.arcademics.com/
- Para peserta memulakan aktiviti dengan dibimbing oleh petugas
PERJUMPAAN KLUSTER MENARIK DI JELEBU |
|
Tarikh | : 05 Julai 2019 (Jumaat) |
Masa | : 9.00 Pagi – 6.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 6 Orang |
TUJUAN :
- Untuk mengadakan perbincangan berkenaan lokasi menarik untuk tujuan penggambaran / shooting dan juga bagi menghasilkan storyboard video
- Penghasilan video ini dilakukan bagi tujuan mengkomersialkan dan mempromosikan tempat-tempat menarik yang terdapat dibawah naungan Daerah Jelebu dan terutamanya di sekitar Pusat Internet beroperasi
- Petugas turut melakukan perbincangan mengenai teknik suntingan video yang menrik dan boleh digunakan ke dalam setiap video yang dihasilkan
AKTIVITI :
- Aktiviti dimulakan dengan petugas membuat perbincangan berkenaan lokasi-lokasi menarik yang terdapat di sekitar Daerah Jelebu
- Kemudian melakukan aktiviti video editing dan juga menghasilkan storyboard video
- Aktiviti penggambaran / shooting tempat-tempat menarik
KELAS DASHBOARD KOMUNITI – MEMULAKAN PERNIAGAAN (MY SHOP) |
|
Tarikh | : 03 Julai 2019 (Rabu) |
Masa | : 2.30 Petang - 4.30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 1 Orang |
TUJUAN :
- Memperkenalkan keseluruhan aplikasi Dashboard Komuniti kepada peserta yang terlibat
- Memperkenalkan modul My Shop kepada peserta sebagai medium untuk memulakan perniagaan menggunakan atas talian
- Melalui aktiviti ini juga dapat meningkatkan penggunaan Dashboard Komuniti dalam kalangan komuniti setempat
- Membantu peserta mempromosikan produk perniagaan mereka melalui media sosial yang lain dan aplikasi Dashboard Komuniti My Shop
AKTIVITI :
- Petugas memberi penerangan mengenai keseluruhan modul yang terdapat di dalam aplikasi Dashboard Komuniti
- Peserta mempelajari dan memahami fungsi internet bagi tujuan perniagaan
- Mempelajari fungsi dan langkah mempromosi produk perniagaan melalui media sosial Facebook dan aplikasi Dashboard Komuniti My Shop
- Peserta mengisi borang usahawan tempatan yang telah disediakan oleh petugas
- Petugas menunjukkan tutorial cara-cara untuk memuatnaik produk ke dalam My Shop