E-PEMBELAJARAN – JIGSAW PUZZLE PLANET |
|
Tarikh | : 14 Jun 2019 (Jumaat) |
Masa | : 3.30 Petang - 4.30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 13 Orang |
TUJUAN :
- Untuk mencabar ketangkasan, penaakulan spatial dan logik fikiran para peserta
- Untuk menjadikan otak kita bekerja dikedua-dua belah bahagian pada masa yang sama
- Untuk melihat produk akhir (puzzle yang siap), sementara bahagian logik pula bekerja untuk memadankan kepingan-kepingan puzzle dengan betul dan sempurna.
- Dapat memupuk kerjasama dalam kalangan para peserta ketika menyelesaikan tugasan yang diberikan
AKTIVITI :
- Aktiviti dimulakan dengan petugas membuka laman web www.jigsawplanet.com di Smartboard
- Peserta diperkenalkan dengan jenis-jenis puzzle yang ada
- Peserta diminta memilih puzzle yang mempunyai 40 puzzle sebagai permulaan
- Setelah selesai dengan 40 puzzle, peserta meneruskan dengan bilangan puzzle yang bertambah dan membuat puzzle dalam masa yang ditetapkan
KELAS ADVOKASI – OVERSHARING DAN KUIZ |
|
Tarikh | : 14 Jun 2019 (Jumaat) |
Masa | : 2.30 Petang - 3.30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 13 Orang |
TUJUAN :
- Dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru
- Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
- Memberi pendidikan kepada pengguna internet mengenai kepentingan kawal selia kendiri
- Dapat mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet
AKTIVITI :
- Aktiviti dimulakan dengan para peserta melihat video klik Dengan Bijak mengenai Oversharing (Terlebih kongsi maklumat) supaya mereka dapat membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya mereka sendiri melakukan hal tersebut
- Selepas menonton video, para peserta diberi taklimat berkenaan apa yang harus di kongsi dan apa yang tidak patut dikongsi
- Selain itu, terdapat juga sesi soal jawab bersama para peserta bagi menguji kefahaman mereka
- Seterusnya, aktiviti kuiz dengan menggunakan aplikasi https://www.classtools.net/random-name-picker/16_PAJQ6Y
KELAS ASAS KOMPUTER & MICROSOFT OFFICE WORD |
|
Tarikh | : 12 Jun 2019 (Rabu) |
Masa | : 2.00 Petang - 4.30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 2 Orang |
TUJUAN :
- Kelas ini menyediakan kemahiran asas yang perlu dipelajari bagi meningkatkan kemahiran para peserta ke tahap yang selanjutnya
- Para peserta dapat meningkatkan produktiviti kerja dan membuat tugas harian dengan lebih mudah
- Menerangkan kepada para peserta mengenai asas Microsoft Office Word
AKTIVITI :
- Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan mengenai asas komputer kepada para peserta
- Aplikasi Microsoft Word (membuka & mengubah dokumen baru)
- Pengenalan asas internet
- Tutorial penggunaan Microsoft Office Word
- Membantu para peserta menyelesaikan laporan Latihan Industri
KELAS E-PEMBELAJARAN – QUIZIZZ.COM |
|
Tarikh | : 13 Jun 2019 (Khamis) |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 6 Orang |
TUJUAN :
- Melalui aktiviti ini para peserta dapat menguji tahap pengetahuan am mereka mengenai topik yang telah diplih oleh para peserta
- Aktiviti pembelajaran menjadi lebih menarik dan interaktif yang secara tidak langsung dapat menarik minat peserta
- Dapat memupuk semangat kerjasama dan berpasukan antara peserta semasa ingin mendapatkan jawapan yang paling tepat
- Melalui aktiviti ini para peserta dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai pelbagai aspek yang menarik
AKTIVITI :
- Petugas meminta para peserta untuk membuka website https://quizizz.com
- Petugas membuka kuiz yang berkaitan dengan Dashboard Komuniti bagi menguji kefahaman para peserta
- Kemudian, para peserta bebas memilih topik yang mereka gemari dengan pemantauan daripada petugas
- Peserta memulakan aktiviti menjawab soalan yang disediakan di laman web https://quizizz.com
DASHBOARD KOMUNITI – MEMBUAT UCAPAN SELAMAT HARI RAYA ( MY KOMUNITI) |
|
Tarikh | : 01 Jun 2019 (Sabtu) |
Masa | : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi |
: Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 11 Orang |
TUJUAN :
- Mempromosikan keseluruhan Aplikasi Dashboard kepada komuniti terdekat
- Untuk mendedahkan lagi My Komuniti kepada para peserta dan memberi tunjuk ajar kepada peserta cara untuk membuat hebahan dan menghantarnya.
- Dapat menggalakkan lebih ramai komuniti setempat untuk menggunakan Dashboard Komuniti
- Para peserta dapat membuat ucapan selamat hari raya menggunakan medium My Komuniti
AKTIVITI :
- Para peserta diminta untuk menggunakan enjin carian google dan menaip dashboard.pi1m.my
- Peserta memasukkan ID dan juga kata laluan sendiri ke dalam laman dashboard
- Petugas menerangkan apa itu My Komuniti kepada para peserta
- Peserta diberi tunjuk ajar untuk membuat pengumuman di Dashboard komuniti masing-masing
- Peserta juga diajar cara-cara untuk memasukkan gambar yang menarik semasa aktiviti membuat pengumuman