PERJUMPAAN DAN MESYUARAT KLUSTER JELEBU (MENARIK DI JELEBU) BAGI QUARTER 1 & 2

Tarikh : 03 Mei  2019 (Jumaat)
Masa 9.00 Pagi – 06.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Kuala Klawang

Peserta :6 Orang

 

TUJUAN  :

  • Membincangkan mengenai video-video tempat menarik di sekitar Jelebu.

 

AKTIVITI  :

  • Dimulai dengan kata-kata aluan dari Ketua Kluster Menarik Di Jelebu
  • Perbentangan video tahun 2018 yang telah dilakukan
  • Membincangkan tempat-tempat makanan, tempat perlancongan yang terdapat di sekitar Jelebu.
  • Setiap kru menarik di berikan tugas masing-masing bagi menjayakan lagi video yang akan dibuat.

 

Galeri Gambar

 

 

E-PEMBELAJARAN – MATHEMATICS WORD SEARCH PUZZLE

Tarikh : 19 April  2019 (Jumaat)
Masa : 3.00 Petang – 4.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri 

Peserta :12 Orang

 

TUJUAN  :

  • Para peserta dapat meningkatkan kosa kata penggunaan Bahasa Inggeris
  • Para peserta dapat mengenali istilah-istilah bagi subjek Matematik yang sering digunakan
  • Dapat melatih para peserta untuk berfikir di luar kotak pemikiran
  • Dapat meningkatkan pengetahuan mengenai perkataan-perkataan Bahasa Inggeris
  • Dapat meningkatkan tahap fokus para peserta

 

AKTIVITI  :

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas mengedarkan bahan edaran kepada para peserta yang terlibat
  • Petugas menerangkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan
  • Petugas bertanyakan istilah-istilah Matematik tersebut kepada para peserta
  • Para peserta memulakan aktiviti permainan word search ini
  • Petugas memberi tips-tips kepada peserta bagaimana untuk mencari perkataan yang tersembunyi

 

Galeri Gambar

ADVOKASI - PENGURUSAN RISIKO DALAM TALIAN, OVERSHARING & MAKLUMAT PALSU

Tarikh : 12 April  2019 (Jumaat)
Masa 03.00 Petang - 05.00 Petang
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri 

Peserta : 5 Orang

 

TUJUAN  :

  • Para peserta didedahkan dengan jenis-jenis yang terdapat di dalam risiko dalam talian
  • Peserta didedahkan dengan ancaman-ancaman siber yang perlu dihindari seperti:
  • Serangan virus,malware, Ddos dan penggodaman
  • Menjadi mangsa penipuan kewangan
  • Terlebih kongsi maklumat / oversharing
  • Penyebaran maklumat palsu
  • Keganasan siber
  • Seterusnya, para peserta didedahkan dengan elemen-elemen yang terdapat di dalam elemen Oversharing
  • Menitikberatkan aspek yang tidak perlu dikongsi di media sosial
  • Memperkenalkan portal dan Aplikasi Sebenarnya.my

 

AKTIVITI  :

  • Petugas memberi pendedahan mengenai jenis-jenis risiko di dalam talian
  • Memberi pendedahan mengenai maksud sebenar oversharing
  • Memberi pendedahan maklumat yang tidak perlu dikongsi iaitu seperti :
  • Alamat rumah
  • Nombor kad pengenalan
  • Nombor Telefon
  • Gambar-gambar intim
  • Lokasi pergerakan terkini
  • Maklumat-maklumat sulit/rahsia
  • Petugas menerangkan risiko-risiko sekiranya para peserta ‘overshare’
  • Kemudian, petugas menjalankan sesi interaktif bersama para peserta
  • Meminta para peserta untuk membuka portal sebenarnya.my dan mencari kesahihan sesuatu maklumat

 

Galeri Gambar

KELAS E-KERAJAAN – SEMAKAN TAWARAN KE KOLEJ MATRIKULASI

Tarikh : 17 April  2019 (Rabu)
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 tengahari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri 

Peserta : 3 Orang

 

TUJUAN  :

  • Bagi membantu para peserta yang bakal melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi untuk menyemak permohonan mereka
  • Bagi membantu para peserta yang mendapat tawaran ke Matrikulasi untuk mencetak dokumen-dokumen yang diperlukan
  • Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kehidupan di luar kawasan sekolah

 

AKTIVITI  :

  • Aktiviti dimulakan dengan petugas membantu para peserta untuk membuka enjin carian google dan membuka laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/check.cfm
  • Selepas memasukkan nombor kad pengenalan, para peserta menyemak sama ada permohonan ke Matrikulasi berjaya atau tidak
  • Setelah mendapat keputusan permohonan berjaya, petugas membantu para peserta untuk mencetak dokumen-dokumen yang diperlukan semasa sesi pendaftaran pada 13 Mei 2019
  • Petugas memberi pendedahan mengenai kehidupan di luar kawasan sekolah dan memberi kata-kata semangat kepada para peserta

 

Galeri Gambar

YOUTUBE DAN DIY BINGKAI GAMBAR

Tarikh : 06 April  2019 (Sabtu)
Masa 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri 

Peserta : 6 Orang

 

TUJUAN  :

  • Untuk menjadikan peserta lebih kreaftif dengan alatan terpakai.
  • Untuk mendidik budaya kitar semula barang - barang yang masih boleh digunakan.
  • Untuk meningkatkan kerjasama di antara peserta.

AKTIVITI  :

  • Petugas menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat bingkai gambar menggunakan kotak terpakai.
  • Peserta menonton cara-cara membuat bingkai gambar di Youtube.
  • Peserta membuat bingkai sendiri mengikut langkah-langkah yang telah ditonton di youtube :
  1. Sediakan Alat Dan Bahan
  2. Potong kotak mengikut ukuran gambar 4R
  3. Membuat lubang di bahagian tengah kotak
  4. Hias bingkainya mengikut kreativiti.

 

Galeri Gambar