KELAS KEUSAHAWANAN – LATIHAN ASAS E-REZEKI

Tarikh : 09 Februari 2019 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi – 11.00 Pagi
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri 

Peserta : 2 Orang

 

TUJUAN  :

  • Bertujuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya isi rumah berpendapatan rendah dengan membolehkan dan menghubungkan mereka kepada peluang pendapatan digital
  • Membuka saluran alternatif kepada rakyat untuk menjana pendapatan melalui peluang-peluang pekerjaan online
  • Memperkenalkan laman sesawang untuk menjana pendapatan sampingan di bawah MDEC iaitu www.erezeki.my

 

AKTIVITI  :

  • Petugas menerangkan secara ringkas langkah-langkah untuk mendaftar di E-Rezeki
  • Petugas menerangkan mengenai kategori tugasan E-Rezeki iaitu :
  • Tugasan digital mikro
  • Kerja digital
  • Kerja bukan digital
  • Petugas memberi penerangan mengenai bagaimana E-Rezeki berfungsi
  • Seterusnya, petugas menerangkan mengenai cara mencari kerja
  • Penerangan mengenai rakan strategik E-Rezeki dan juga senarai pusat dan wakil E-Rezeki
  • Akhir sekali, peserta diminta untuk mengisi borang kaji selidik setelah selesai mendaftar sebagai peserta E-Rezeki

 

Galeri Gambar

E-QUIZIZZ (VOCABULARY)

Tarikh : 03 Februari 2019 (Ahad)
Masa 3.00 Ptg - 5.00 Ptg
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri 

Peserta : 1 Orang

 

TUJUAN  :

  • Para peserta dapat memperkukuhkan lagi penggunaan vocabulary dalam pembelajaran.
  • Dapat menguji kefahaman para peserta dengan menjawab soalan kuiz berdasarkan subjek dan tajuk yang dipilih
  • Aktiviti pembelajaran menjadi lebih menarik dan interaktif  yang dapat menarik minat para peserta

 

AKTIVITI  :

  • Petugas meminta para peserta untuk membuka website https://quizizz.com 
  • Kemudian, petugas memberi penerangan mengenai subjek dan tajuk “ Vocabulary”
  • Petugas membuka video yang berkaitan dengan Science And Space sebelum aktiviti kuiz dimulakan
  • Para peserta memulakan aktiviti menjawab soalan yang disediakan di laman web https://quizizz.com 

 

Galeri Gambar

KLIK DENGAN BIJAK ( TIP KESELAMATAN INTERNET)

Tarikh : 15Januari 2019 (Selasa)
Masa 2.00 Ptg - 4.00 Ptg
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri 

Peserta : 13 Orang

 

TUJUAN  :

  • Untuk menerangkan fungsi-fungsi Internet di dalam kehidupan.
  • Untuk mengenali langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan medium internet dalam kehidupan seharian.
  • Untuk mengelakkan perkongsian maklumat peribadi secara terbuka.

 

AKTIVITI  :

  • Petugas membuka laman sesawang Youtube untuk mempertontonkan video tips keselamatan internet pada peserta. 
  • Petugas menerangkan dengan lebih jelas lagi keselamatan internet. 
  • Petugas berkongsi apakah kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya pengguna tidak menggunakan medium internet secara berhemah dan mengabaikan keselematan internet.
  • Petugas menerangkan tindakan yang perlu diambil untuk mencari pengguna internet yang bijak.

 

Galeri Gambar

KELAS KEUSAHAWANAN (JUAL BELI ONLINE - LAZADA)

Tarikh : 15Januari 2019 (Selasa)
Masa 4.00 Ptg - 6.00 Ptg
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri 

Peserta : 13 Orang

 

TUJUAN  :

  • Untuk menggalakkan pelajar menggunakan internet secara berhemah.
  • Untuk memperkembangkan lagi pengetahuan pelajar dimana platform Jual Beli Online ini lebih menjimatkan masa.

 

AKTIVITI  :

  • Pelajar didedahkan dengan laman web LAZADA,SHOPEE,MUDAH.MY dimana ianya adalah salah satu laman web jual beli yang sering digunakan pada masa kini.
  • Pelajar mempraktikkan penggunaan laman web supaya lebih memahami cara-cara penggunaan dan pembelian di atas talian.

 

Galeri Gambar

E-KERAJAAN (SPA8)

Tarikh : 11 Januari 2019 (Jumaat)
Masa 3.00 Ptg - 5.00 Ptg
Lokasi

: Pusat Internet Ulu Sepri 

Peserta : 2 Orang

 

TUJUAN  :

  • Untuk pelantikan ke perkhidmatan awam dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPA8.
  • Untuk dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian.

 

AKTIVITI  :

  • Peserta ke laman web https://putra2.spa.gov.my untuk login ke laman web SPA8.
  • Peserta memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  • Peserta mengemaskini maklumat diri pemohon di dalam borang yang disediakan
  • Peserta mengemaskini akademik pemohon di dalam borang yang disediakan
  • Peserta mengemaskini ko-kurikulum pemohon di dalam borang yang disediakan
  • Peserta mengemaskini maklumat tambahan pemohon di dalam borang yang disediakan
  • Peserta memlilih jawatan yang bersesuai dengan kelulusan akademik dan seterusnya mengesahkan maklumat yang diisi.

 

Galeri Gambar