E-Pembelajaran: Tutorial Menggunakan Google Drive |
|
Tarikh |
: 20 Oktober 2021 |
Masa |
: 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi |
: Group Whatsapp Pusat Internet Ulu Seperi |
Peserta |
: 9 Orang |
TUJUAN:
- Penjelasan kepada komuniti tentang kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Google Drive
- Berkongsi ilmu kepada komuniti cara-cara memanfaatkan aplikasi tersedia di dalam Google Drive sebagai media penyimpanan data
- Mengajar langkah-langkah mudah untuk berkongsi fail kepada rakan-rakan sekaligus mengedit fail serentak bersama-sama rakan
AKTIVITI:
- Aktiviti dimulakan oleh Puan Faraziah dengan memberi penerangan jelas dan padat berkenaan Google Drive
- Kemudian, beliau menjelaskan fungsi-fungsi utama Google Drive sebagai media penyimpanan fail, perkongsian fail, mengedit fail dan juga melakukan backup data
- Selepas itu, kelas diteruskan lagi dengan perkongsian tutorial menggunakan Google Drive
- Tutorial tersebut dikongsi mengikut turutan langkah yang betul menggunakan tangkapan skrin yang telah diedit bersama penjelasan ringkas untuk kefahaman pihak komuniti