Semua pengunjung yang ingin ke Daerah Jelebu boleh menggunakan perkhidmatan bas awam dan teksi.

* Bas Awam 
Pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan bas awam myBAS dari Bandar Seremban ke Kuala Klawang dengan menaiki bas dari Terminal 1 di bas bernombor T70, dengan kadar tambang sebanyak RM4.30 dan mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke Pekan Kuala Klawang (Jelebu). Perkhidmatan ini juga meliputi seluruh kawasan iaitu Bandar Kuala Klawang sehingga MRSM Kuala Klawang. Perkhidmatan bas bermula jam 6.00 pagi sehingga 9.00 malam.

stesen bas

Stesen Bas Kuala Klawang

 * Teksi 
Perkhidmatan teksi juga boleh didapati di Jelebu bemula jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam. Kadar tambang adalah mengikut jauh perjalanan yang dikehendaki penumpang

perpustakaan

Pada tahun 1986, tertubuhlah Perpustakaan MASRA yang memberikan perkhidmatan pinjaman buku kepada penduduk Kuala Klawang dengan menduduki bangunan lama Rumah Rehat Daerah Jelebu. Perpustakaan MASRA yang terletak di bangunan lama perpustakaan ini adalah merupakan gabungan nama Y.B Datuk Seri Utama Dr Rais Bin Yatim dan isteri kesayangan beliau iaitu Y.Bhg Datin Seri Masnah Rais. Pada tahun 1989, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan telah mengambil alih pengurusan Perpustakaan MASRA dan kemudiannya dinamakan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Cawangan Jelebu. Di bawah Rancangan Malaysia Ke Lapan, Kerajaan Negeri dan Persekutuan telah memilih Perpustakaan Daerah Jelebu bagi dilaksanakan pembinaan bangunan baru.

Perpustakaan Awam 
Cawangan Jelebu,
71600 Kuala Klawang, Jelebu,
Negeri Sembilan

Unit Pelanggan Zon Jelebu :
Emel Kakitangan :  
No Tel : 06-6136175
No Faks : 06-6136175

 

ANTARA KEMUDAHAN ASAS YANG BERDEKATAN KAMPUNG SEPERI ADALAH:

balai raya

masjid

pencawang

ANTARA SENARAI PERBANKAN YANG TERDAPAT DI JELEBU ADALAH:

 

AgroBank

 

Bsn

 

Cimb

 

Maybank

 

Public

 

TabungHaji