Semua pengunjung yang ingin ke Daerah Jelebu boleh menggunakan perkhidmatan bas awam dan teksi.

* Bas Awam 
Pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan bas awam myBAS dari Bandar Seremban ke Kuala Klawang dengan menaiki bas dari Terminal 1 di bas bernombor T70, dengan kadar tambang sebanyak RM4.30 dan mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke Pekan Kuala Klawang (Jelebu). Perkhidmatan ini juga meliputi seluruh kawasan iaitu Bandar Kuala Klawang sehingga MRSM Kuala Klawang. Perkhidmatan bas bermula jam 6.00 pagi sehingga 9.00 malam.

stesen bas

Stesen Bas Kuala Klawang

 * Teksi 
Perkhidmatan teksi juga boleh didapati di Jelebu bemula jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam. Kadar tambang adalah mengikut jauh perjalanan yang dikehendaki penumpang